Friday, October 23, 2009

Najib Bentang Bajet 2010


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2010 bertemakan "1Malaysia, Kemakmuran Bersama" di Parlimen sebagai asas pembentukan model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia ke-10.

Bajet 2010 disokong oleh tiga strategi iaitu memacu negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, memastikan pembangunan holistik dan mapan serta mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi tahun 2009 diunjurkan negatif 3 peratus, lebih baik daripada anggaran awal negatif 4 hingga 5 peratus yang diumumkan pada 28 Mei 2009.

Menjelang tahun hadapan ekonomi negara dijangka berkembang kepada 2 hingga 3 peratus. (Mstar Online/AK)

1 comment:

Anonymous said...

1. Menteri Kewangan - Azizi Ali
2. Menteri Kewangan (II) - Aziz Ibrahim
3. Timbalan Menteri Kewangan - Irfan Khairi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails