Saturday, October 24, 2009

Muktamar Luar Biasa: Nak Pecah, Pecah Gi Lah! -Nik Aziz

OKT 24 2009. BERNAMA melaporkan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya
PAS mengadakan muktamar agung luar biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.

Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti. Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.

"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan.

"Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat Kota Bharu semalam.

Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya kelmarin kerana kecewa dengan sikap beberapa pemimpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik. Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam muktamar agung parti itu tahun lepas.

Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, menteri besar Kelantan menegaskan:

"Nak pecah, pecah gi lah, apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.

Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Dr Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.

"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.

Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tidak semua perpecahan itu tidak baik (kalau betul laporan di atas). (AK)

3 comments:

Anonymous said...

Jika saya seorang pengkaji konspirasi di Malaysia pula,apabila seorang telah membisikkan ke telinga saya,bahawa Nik Aziz Nik Mat adalah seorang Mason,kepercayaan saya terhadap maklumat baru ini mencapai tahap sebanyak 75%.Kenapa?Sebab dialah Parti Pas banyak mendapat susah sekarang.Bila Pas nak muzakarah dengan Umno,kenapa si tua ni tak sungguh-sungguh?Bila gagal,boleh kutuk-kutuk Umno pula.Bila Hadi Awang nak buat Kerajaan Perpaduan,si tua ni lagi yang buat masalah.Agaknya dia anggap orang Umno ni ibarat najis anjing.Tidak boleh disentuh langsung.Haram.Nama Allah boleh dipakai oleh paderi gereja?Biar betul si tua ni.Pelik dan semakin pelik.Amat teruk penghinaan dia terhadap ahli Umno.Tidak beragak langsung.Mengapa dia tidak memilih imej pemimpin berakhlak mulia dan sopan sebaliknya memilih untuk bermulut celupar dan menjauhkan lagi hidayah kepada orang Umno kepada agama Islam sendiri?Betul-betul pening dengan si bangka ini.

king said...

Pas adalah sebuah gerakan Islam,mengambil contoh dari gerakan Islam Rasul saw.

Setiap tindakan akan diputuskan terlebih dulu melalui masyuarah.Ini yg diamalkan oleh Rasul saw dan Pas.

Muktamar telah membuat keputusannya.Keputusan muktamar adalah mengikut perlembagaan parti dan mengikut sunnah.Maka menjadi kewajiban setiap warga mematuhi dan melaksanakan keputusan muktamar.

Rasul saw sendiri mahu umat Islam bertahan di Madinah dlm peristiwa Perang Uhud.....tetapi keputusan mesyuarah dgn para sahabat ....majoritinya mahu keluar bertempur di Bukit Uhud.

Setelah keputusan itu diambil maka Rasul saw bersiap dgn memakai baju besi utk turun ke medan Uhud.

Para sahabat kemudian tersedar dan pergi memaklumkan Baginda yg mereka ingin mengubah pendirian mereka iaitu bersetuju dgn saranan Rasul saw utk bertahan di Madinah.

Baginda dgn tegas menyatakan keputusan secara mesyuarah telah dibuat dan persiapan utk ke medan Uhud juga telah diambil....maka keputusan mesyuarah hendaklah dilaksanakan......ini suatu sunnah.

Kerjasama politik dgn umno ditolak oleh muktamar Pas bukannya oleh TGNA seorang.Keputusan muktamar adalah mewakili suara majoriti perwakilan dan hendaklah dipatuhi....ini sunnah dan amalan Islam sejak dari zaman Rasul saw.

Saranan TGNA adalah tepat berdasarkan sunnah dan perlembagaan parti.Apabila ada pimpinan Pas yg cuba mengambil tindakan yg bercanggah dgn keputusan muktamar maka ini adalah sesuatu yg serius.Sebagai Mursyidul Am adalah menjadi kewajiban beliau utk menegur dan beliau akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah di Mahsyar kelak.

Muktamar Khas/Luar Biasa adalah satu langkah bijak,telus dan professional.Disana nanti semua boleh melontarkan apa yg terbuku dihati.

Berhujjahlah dgn penuh rasa tanggung jawab dan serahkan keputusan kpd seluruh perwakilan.
Sekiranya mahu mengambil satu pendekatan baru maka disanalah perkara itu diusulkan.
Setelah keputusan dibuat maka tetaplah teguh mempertahankannya.

Setiap ahli baik pemimpin diamanahkan utk melaksanakan keputusan muktamar atau majlis syura ulamak.Dalam Pas tiada sesiapa pun yg mempunyai kuasa mutlak .Ini berbeza dgn umno yg mana pemimpin atasan boleh bercakap sesuka hati.

Inilah adab dan akhlak berorganisasi.Gerakan Islam Pas adalah telus dan terbuka.....tiada agenda yg tersembunyi.Bagi mereka yg jahil dgn disiplin gerakan Islam tak usahlah nak menunjukkan pandai.

Sudah menjadi satu sunnatullah setiap gerakan Islam yg benar akan menempuh kesusahan,ugutan dan serangan dlm berbagai bentuk.Kpd yg tak mahu mendapat susah dipersilakan mencari suatu wadah perjuangan yg menjanjikan kesenangan dan kemewahan didunia.

Juga sudah dijanjikan oleh Allah kpd pejuang Islam yg mereka akan diuji oleh Allah dgn berbagai bentuk ujian.......dimana Allah menegaskan ujian itu nanti akan memisahkan mereka dgn golongan yg bukannya pejuang sejati.

Dan Allah menjanjikan setelah menempuh kesusahan demi kesusahan maka yg tinggal hanyalah mereka yg benar2 beriman dan mengharapkan pertolongan dan balasan dari Allah semata..... maka Allah akan memenangkan mereka dgn izinNYA.......wallahualam

Anonymous said...

Saya setuju cara Tuan guru Nik Aziz..ada kepincangan kita tegur dan bw ke muktamar,bin cang..apa masalahnya...Dia sayang PAS..nak perbetulkan ikut suara majoriti..kerna pAS parti Islam..berpegang pada janji adalah wajib dalam Islam..Tp dalam PAS skang ada yg tak pegang pada janji /keputusan muktamar..Di mana nak letak ISlam kalu mcm ni pun tak Betul..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails