Wednesday, October 21, 2009

ECER Kelantan: Mohamed Yakcop Bidas Awang Adek?



KUALA LUMPUR, 21 Okt: Parlimen hari ini diberitahu bahawa kerajaan negeri Kelantan di bawah Menteri Besarnya Datuk Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat memberi kerjasama yang begitu baik terhadap Plan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang dilancarkan pada 29 Oktober dua tahun lalu.

Ini dinyatakan sendiri oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (BN-Tasek Gelugor) ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Datuk brahim Ali (Bebas- Pasir Mas) yang mahu Perdana Menteri menyatakan secara terpenrinci apakah kerajaan Kelantan memberi kerjasama yang penuh terhadap pelaksanaan projek ECER dan memberi contoh kerjasama yang diberi dan yang tidak diberi secara khusus.

Menjawab soalan itu lagi, Nor memberitahu dan memuji kerajaan Kelantan yang melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung di dalam ECER dan tidak menyatakan sebarang contoh yang 'negatif' seperti yang dimahukan dalam soalan terbabit. "Semua negeri memberi kerjasama yang baik termasuk kerajaan Kelantan dan ini dibuktikan dengan kerajasama cukup baik yang diberikan oleh Menteri Besarnya sendiri," kata Nor di Dewan Rakyat pagi tadi.

Ibrahim kemudiannya menyambut baik jawapan yang diberikan oleh Menteri Kewangan itu turut, berharap dengan penjelasan itu tidak timbul lagi isu mahupun dakwaan negatif yang dilemparkan ke atas kerajaan Kelantan yang kononnya tidak mahu memberi kerjasama terhadap dasar dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan selama ini. "Alhamudlillah dengan jawapan itu kita berharap tidak akan timbul lagi kononnya Kerajaan Kelantan tidak mahu bekerjasama dan projek-projek ini adalah untuk kepentingan rakyat itu sendiri," kata Ibrahim Ali.

Bulan lalu, Nik Aziz dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri itu sentiasa memberikan kerjasama kepada kerajaan pusat dalam membangunkan projek di bawah pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER). Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein mendakwa Kelantan tidak berminat untuk menjayakan projek tersebut menyebabkan mereka lebih kebelakang berbanding Pahang.

"Dia kata Kelantan tidak kerjasama dengan pusat sedangkan kita ada jawapan bertulis daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri," tegas Nik Aziz. Beliau menyerahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut.

ECER melibatkan kos pelaburan berjumlah RM112 billion untuk tempoh 12 tahun (2007 - 2020) atau RM9.33 bilion setahun iaitu meliputi tiga Rancangan Malaysia iaitu Rancangan Malaysia ke-9, 10, dan 11. ECER mempunyai 227 projek di keempat-empat buah negeri di pantai Timur termasuk Kelantan.

Lebih separuh (53%) daripada pembiayaan ECER datangnya daripada peruntukan kerajaan persekutuan (39%), Syarikat Kerajaan (GLC) 14 %, bakinya (47%) daripada swasta iaitu Inisiatif Swasta (27%) dan Sektor Swasta (20%). Komponen pelaburan utama ialah Pengangkutan dan Infranstruktur (43%), Pelancongan (15%), Pendidikan dan kemudahan awam (15%), Pengeluaran dan petrokimia (9%) dan Pertanian (4%). (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Macam mana seorang Menteri dari Jabatan Perdana Menteri dan seorang Timbalan Menteri dari kementerian Kewangan memberi jawapan dan kenyataan berbeza?
Bolehkah mereka ini didakwa di mahkamah?
Sama seperti janji-janji menteri semasa pilihanraya kecil.
Macam mana mereka boleh janjikan sesuatu yang tidak pernah dibincangkan atau diluluskan melalui belanjawan Negara yang perlu dibentangkan di parlimen?
Bukankah itu salah laku dan boleh didakwa oleh SPRM???
Bagaimana menteri mengatakan tiada peruntukan untuk Teluk Kemang. tup-tup pilihanraya kecil Bagan Pinang menteri yang sama boleh janjikan peruntukan baru.
Bukankah ini penipuan dan penyelewengan kuasa yang sangat nyata?
Apa guna Belanjawan tahunan dibentangkan kalau kabinet berkuasa buat pengumuman yang menarik perutukan kawasan lain dan dipindahkan ke kawasan PRK semasa kempen dijalankan?
Bukankah ini satu salahlaku yang amat jelas?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails