Wednesday, October 21, 2009

Malaysia Book of Records: Dikir Barat 14 Jam Tanpa Henti..

HALAMAN HIBURAN

Kumpulan dikir barat sedang beraksi. -Foto C.A. ZULKIPLE

BAGI penumpang kereta api Tren Ekspres Timuran, perjalanan dari Tanjung Pagar, Singapura ke Tumpat, Kelantan sejak petang Isnin memberikan satu pengalaman unik apabila sepanjang jalan mereka dihiburkan dengan persembahan dikir barat tanpa henti.

Selama 14 jam, Kumpulan Dikir Barat Sri Rahmat mendendangkan lagu-lagu rakyat Kelantan, diselangselikan dengan lagu tradisional, rakyat Malaysia, patriotik, lagu-lagu lama dari era sebelum seniman agung P. Ramlee sehinggalah lagu-lagu pop dan lagu-lagu Hindustan serta negara jiran iaitu Thailand dan Indonesia.

Usaha Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengadakan persembahan di dalam tren yang bergerak itu bertujuan mempromosikan pelancongan kereta api untuk menarik pelancong dari luar negara menggunakan kereta api sebagai pengangkutan utama bagi menjelajah dan mengenali negara ini.

Bagi Kumpulan Dikir Barat Sri Rahmat, yang terdiri daripada 25 anggota dari Perkampungan Inap Desa Seterpa, Kota Baharu, persembahan seni budaya terkenal Kelantan merupakan satu usaha menempa nama di dalam Malaysia Book of Records. Pengurus kumpulan itu, Rosli Mohd Hamzah, 47, mereka baru sahaja selesai melakukan persembahan di Pameran Promosi Pelancongan Malaysia 2009 di Singapura sejak 16 Okt.

Sebaik kereta api bergerak dari Stesen Woodlands pada pukul 6.50 petang Isnin, kumpulan dikir yang menggunakan lapan alat muzik tradisional iaitu dua rebana, masing-masing satu gong, serunai, tamborine, romba, canang dan cin cak memecah kesunyian sehinggalah kereta api berhenti di Stesen Tumpat.

"Hanya "kertok" sahaja alat muzik yang kita tak boleh guna dalam keretapi ini sebab alat itu terlalu besar dan tidak sesuai digunakan dalam keretapi yang sentiasa bergegar ini," kata Rosli. Malam yang semakin larut tidak menghalang suara "Tukang Karut" dan "Tuk Jogho" yang semakin serak dan kering untuk terus menyanyi.

Fokus dan semangat anak Kelantan yang mahu menempa sejarah ini begitu kental, ditambah pula sokongan padu daripada sebahagian wartawan dan penumpang yang naik turun keretapi turut menyertai dan mengikut gerak tari "Awak-awak", pendikir yang bertepuk beramai-ramai.

Sang suria yang sedikit demi sedikit menampakkan sinarnya, menyemarakkan semangat anggota dikir Sri Rahmat dengan sekali-sekala "Awak-awak" melaungkan ungkapan semangat seraya berkata: "Dekat doh dekat doh, Nok pecoh doh, sikit je lagi!" yang bermaksud "sudah semakin hampir, sikit masa lagi kita pecah rekod".

Akhirnya, tepat pukul 8.50 pagi gerabak Tren Ekspres Timuran tiba dengan selamat di Stesen Tumpat. Demikian laporan BERNAMA

Komen Blog Ibnu Hasyim: Suatu bentuk hiburan yang baik, jika tidak ada unsur-unsur maksiat di dalamnya.

2 comments:

Ibnu Rusydi said...

pelik. Kenapa orang kita suka buat rekod yang entah apa2... bila agaknya ada rekod rakyat Malaysia pertama menang Noble Award dalam bidang sains ke. kan lebih baik?...

Sibuk nak bergendang dalam train sampai berbelas jam. Abis tu, solat macam mana? tengah2 orang dok azan, sibuk menyanyi jugak ke?

Anonymous said...

Salam,
Yang peliknya orang Melayu bukan seluruh Malaysia, suka benda2 yang lagha dan tak memberi faedah.
Sepatutnya KTM berusaha menambah baik perkhidmatan seperti double tracking Tumpat ke Singapura.
jadikan laluan KL Ipoh khidmat shuttle setiap 1 jam atau paling tidak setiap 2 jam termasuk selepas 12 tgh malam. dan pindahkan laluan tren kargo dari memasuki pusat bandar ie. melalui laluan lain yang tidak membahayakan pusat bandar. projek tren laju ke KLIA pun dah dirampas dan diserahkan kepada orang bukan Melayu.
Ini tidak. orang Melayu lebih gah benda benda bodoh seperti main gasing dalam kelas, atau wayang kulit atau main wau.
Apasal MAlaysia tak lawan agar pertanding guli diadakan di sukan Olimpik pulak?
Saya yakin Takraw sekalipun kalau masuk sukan Olimpik Melaysia hanya boleh menang sorak.
Untuk pengetahuan semua semenjak KTM dibawah Kementeria Pengangkutan yang dikuasai oleh seorang Cina, tidak ada sebarang kemajuan selain double tracking yang dah delay lebih 20 tahun.
Kita juga bernasib malang sebab ada PM diktator memrintah 22 tahun yang lebih pentingkan nama dari kemajuan rakyat yang sebenar.
Sebab itu dia lebih minat dengan highway dan buat kereta konon jadi negara maju.
Apa sudah jadi?? Negara kita telah bangkrap kalau tak ada minyak di kelantan dan terengganu. PERWAJA telah hancur. Proton juga bergantung pada duit minyak.
Saya tidak faham kepada rakyat Malaysia tidak nampak siapa musuh no.1 negara sebeanrnya. Musuh no.1 ini tidak memegang senjata tetapi menipu rakyat dengan wayang kulit dari tarian kudang kepangnya.
Samapi bila lagi orang melayu nak sedar semua ini?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails