Saturday, October 24, 2009

Bajet 2010: Gagal Lahir Manusia Berakhlak -Presiden PAS


KUALA TERENGGANU, 24 Okt: Walaupun kerajaan menyediakan peruntukan yang besar dalam Bajet 2010, namun gagal melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana mereka yang menjalankan tugas sebagai pemimpin kerajaan tidak melaksanakannya dengan betul.

"Belanjawan (Bajet 2010) besar, duit banyak, tapi (kerajaan) yang jalankan tugas tak betul, punca gagal untuk melahirkan manusia yang berwibawa, berakhlak dan beriman," ujarnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bagi Mengisi Tabung Pembinaan Madrasah Darul Iman (MDI) di sebuah resort di sini, malam tadi.

Turut berucap ialah Setiausaha Perhubungan PAS negeri selaku Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali hadir sama pada majlis yang diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid In-Team itu.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ringkas Bajet 2010 dengan peruntukan RM191.5 bilion yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, petang semalam.

Abdul Hadi yang juga Penasihat PAS negeri menambah, kegagalan melahirkan manusia yang berguna itu berpunca daripada kerajaan meninggalkan perintah Allah.

Sehubungan itu, beliau menggesa para hadirin supaya melibatkan diri dengan usaha mendirikan pusat pengajian Islam bagi melahirkan manusia yang bertanggungjawab kepada Allah. (Harakah)

Perbincangan bajet 2010..

1 comment:

Anonymous said...

Yang tidak berakhlak tu
termasuklah pemimpin Pas ganu gak kan?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails