Tuesday, February 07, 2012

3 Tahun Baru Jelaskan UMNO Pinggir 400 K/Miskin



GEORGETOWN, 6 Feb 12:
Selepas tiga tahun diminta penjelasan, akhirnya Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengakui bahawa bantuan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) sebanyak RM1.1 juta pada 2009 telah diberikan kepada 301 keluarga miskin di negeri ini.

Zainal selaku Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum ini telah dilaporkan oleh Berita Harian pada 26 Februari 2009 bahawa dana RM1.1 juta telah diperuntukan untuk SPKR untuk membantu 22 keluarga miskin tegar sahaja.

Dengan itu, ia bermakna bantuan SPKR adalah untuk 301 keluarga, dan bukannya 22 keluarga sebagaimana yang dilaporkan oleh media kawalan Umno BN berkenaan tiga tahun lalu. Penjelasan Zainal menunjukkan bahawa setiap dripada 301 keluarga miskin itu memperolehi RM3,654.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa hanya 301 keluarga miskin yang mendapat faedah sedangkan ada lebih 700 keluarga miskin tegar di Pulau Pinang.

“Mengapa 400 keluarga miskin tegar lain tidak mendapat perhatian daripada kementerian yang diwakili oleh Datuk Zainal?

“Satu lagi perkara yang menarik ialah kenyataan Datuk Zainal bahawa jumlah RM1.1 juta itu adalah sebahagian daripada bantuan keseluruhan SPKR sebanyak RM22.9 juta di Pulau Pinang dari 2008 hingga 2012 untuk membantu 3,938 peserta miskin dan miskin tegar.

“Ini bermakna RM22.9 juta telah diberikan dalam lebih 3 tahun ini kepada 3,938 peserta miskin atau pun secara purata setiap keluarga dapat RM5,815,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP, ini menimbulkan persoalan bagaimana 3,938 keluarga miskin dipilih oleh Zainal atau pihak kementerian kerana masih ada ramai keluarga miskin yang tidak menerima bantuan RM5,815 tersebut.

Namun, beliau tetap mengalu-alukan kesediaan Zainal, walau pun selepas menanti selama tiga tahun, untuk memberikan maklumat tentang 301 keluarga miskin tegar dan miskin yang mendapat bantuan SPKR pada 2009.

Beliau telah menugaskan Ahli Exco Kerajaan Negeri Phee Boon Poh untuk mendapatkan maklumat keluarga miskin atau miskin tegar yang diberikan bantuan daripada Zainal untuk dibandingkan dengan senarai keluarga miskin dan miskin tegar tulen agar bantuan sampai benar-benar ke tangan mereka. (IH/Hrkh)

Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa 9/2/12 P.Pg
Semua dijemput hadir. Masuk Percuma!!

Lanjut, klik gambar ini..
Seminar Kepimpinan & Pemikiran Yusuf Rawa 9/2/12 P.Pg
Panelis:
  • YB Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar
  • Subky Latif Penulis & tokoh kewartawanan
  • Prof. Madya Dr. Fadhlullah bin Jamil. Ahli Akademik/Penyelidik/Penceramah bebas

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails