Monday, March 03, 2014

Datuk Bandar Wanita Sasar Tutup Pelacuran Sebelum Puasa.


Risma Targetkan Tutup Pelacuran Dolly Sebelum Bulan Puasa. www.islampos.com.

Surabaya: Datuk Bandar Surabaya Tri Rismaharini menyasarkan untuk menutup pusat pelacuran di bandar raya ini yang lebih dikenali sebagai Dolly, sebelum Ramadan tahun ini.

Bercakap kepada wartawan di satu majlis taklimat di ibu pejabat polis di sini, Rismaharini berkata, pihaknya kini melakukan penyusunan semula dari semua aspek, termasuk membimbing pelacur meninggalkan kegiatan maksiat itu.

Rismaharini juga berkata, pihak berkuasa tempatan mengharapkan bantuan polis, tentera dan ulama dalam usaha mengakhiri kegiatan pelacuran di wilayah berkenaan dalam usaha untuk membuktikan penutupan kegiatan itu bukan main-main atau dilakukan sambil lewa.

Taklimat berkenaan turut dihadiri wakil penduduk sekitar kawasan maksiat, tokoh agama, ketua kampung, polis dan juga tentera.

Rismaharini, datuk bandar wanita pertama Surabaya mengakui masih berdepan dengan halangan untuk menutup Dolly, khususnya mereka yang bukan di kalangan penduduk kawasan itu.

“Mereka sengaja menangguhkan usaha kami sedangkan penduduk asal Dolly mahukan pusat maksiat ditutup,” katanya ketika ditemui.

Usaha menutup Dolly dilakukan dengan pelbagai cara, termasuk membeli rumah milik penduduk yang sebelum ini dijadikan rumah pelacuran.(IH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Malaysia, bila lagi?  Datuk Bandar KL lelaki, boleh buat apa?

Lihat sebelum ini..

    No comments:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails