Tuesday, March 04, 2014

Main Judi, Makan Percuma, Di Mana Salahnya?

  Jalan Thambypillay, KL

Kuala Lumpur: 'Main judi dapat makan free' itulah tawaran terbaru sebuah pusat perjudian dalam talian untuk menarik pelanggan datang mengunjungi pusat terbabit. Setiap pelanggan yang datang untuk bermain judi di pusat terbabit boleh makan dan minum sesuka hati tanpa perlu membayar makanan yang dipesan.

Bagaimanapun, taktik dua premis mesin judi haram berlindung di sebalik kedai siber dan restoran ini gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila polis berjaya mengesan aktiviti perjudian pusat berkenaan dalam operasi di Jalan Thambypillay, malam tadi.

Dalam operasi 'Op Dadu' yang dijalankan bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur selama dua jam berakhir jam 11 malam itu, berjaya merampas sebanyak 97 mesin judi dalam talian pelbagai jenis.

Pegawai Operasi Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan berkata, operasi dijalankan berdasarkan kepada maklumat awam dan risikan yang dijalankan anggotanya sebelum ini. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Salahnya, kerana main judi di tempat judi haram, kalau 'judi halal di sudut pemerintah', tentu tiada salahnya. Apa lagi makan percuma..

Sebelum ini, walaupun operasi demi operasi dilakukan, namun pengusaha pusat pelacuran di sekitar Brickfields dan Jalan Petaling tidak pernah serik. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan sebanyak 267 buah bilik lagi yang dijadikan sarang pelacuran, yang kebanyakannya dalam rumah kedai, dalam operasi bersepadu di kedua-dua kawasan itu. Sebanyak 140 bilik dalam tujuh premis dipecahkan di Jalan Brickfield..

1 comment:

Kinta Menjerit said...

Salam perkenalan...

tempat judi memang semua ada bukan takat makan minum free rokok pun ada

sokong BANTERAS JUDI
PEROSAK BANGSA

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails