Tuesday, March 04, 2014

Syiah: Iran Bertindak Balas, Umno Mengaku Silap

Dr Syed Azman
KUALA LUMPUR: Iran dikatakan mula membuat tindakan balas ekoran serangan agresif Kerajaan BN terhadap Syiah yang dianuti majoriti rakyat negara itu, sehingga menjejaskan ekonomi negara Malaysia.

Malah tindakan itu juga telah menyebabkan seorang menteri BN menghubungi pemimpin PAS, meminta bantuan agar parti islam itu memulihkan hubungan dagangan kedua-dua negara. Malah menurut satu sumber, menteri berkenaan turut mengakui serangan melampau Umno BN terhadap Syiah sebelum ini adalah langkah yang silap.

Ianya memuncak apabila Kerajaan Malaysia mengumumkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai pertubuhan haram berdasarkan peruntukan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Ekoran tindakan itu, Malaysia dilihat sebagai negara pertama di dunia mengharamkan Syiah.

Dakwaan menteri Umno menghubungi PAS itu turut disahkan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi kepada The Malaysian Insider hari ini.

"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata beliau yang enggan menamakan menteri terbabit.

Iran kini didakwa tidak mahu lagi membeli minyak sawit dari Malayisa malah sudah mula mencari alternatif bekalan itu dari negara pengeluar yang lain. Pada Januari hingga November 2013 sahaja, Iran mengimport 671,384 tan minyak sawit dari Malaysia. Ia menjadikan negara itu antara pengimport utama minyak sawit Malaysia.

Selain itu, Iran juga didakwa enggan membenarkan Malaysia melalui syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) daripada menjalankan aktiviti cari gali di negara itu.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," kata Syed Azman.

PAS mempunyai hubungan akrab dengan gerakan Islam antarabangsa termasuk di Iran. Dalam beberapa isu khususnya krisis di Asia Tengah dan Timur Tengah, PAS turut berperanan dan terlibat dalam rundingan penyelesaian di peringkat gerakan Islam global. (HD)

7 comments:

Anonymous said...

semua salah abang mat sabu kata macai IQ rendah...PRU 14 tak payah bertanding jadi wakil rakyat...buat malu Malaysia saja...

Anonymous said...

Tujuan utama BN mahu menghubungi PAS untuk memperbaiki hubungan Malaysia-Iran adalah untuk menjerat PAS. Kesannya diketahui menjelang PRU14 di mana isu Syiah akan dimainkan secara besar-besaran dan seterusnya bakal membuatkan PAS kecundang.

bat8 said...

Jangan risau PAS akan membantu UMNO terutamanya menyelesaikan masaalah dengan Iran ini. Didalam PAS terdapat ramai yang sanggup membantu dengan ikhlas dan melihat ini satu peluang untuk meneruskan usaha gelap hendak bekerjasama.Puak ini mempunyai networking yang hebat untuk membantu.

Tetapi puak ini tidak tahu bahawa UMNO hanya mahu m3nggunakan golongan ini dalam PAS sekadar melepaskan tengkok mereka yang sedang tersepit sahaja. Tak lebih dari itu. Tetapi puak ini tak sampai nak fikir yang UMNO tidak sekali2 akan melepaskan kerusi2 mereka di Sabah yang bergantung juga kepada sokongan ahli UMNO dari kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam yang menjadi kaum majoriti di sabah - semata2 hendak bekerjasama dengan PAS.

Lagipun UMNO tahu berapa banyak kerusi yang PAS boleh sumbangkan jika PAS keluar darI PR dan bekerjasama secara sendirian dengan UMNO di semenanjung. Silap haribulan PAS pun boleh terbarai di Kelantan kalau tengok kepada kemelut yang sedang melanda sekarang. UMNO juga faham kerusi-kerusi yang PAS ada hari ini adalah hasil gabungan dalam PR. Kalau PAS keluar, PAS aian balik kepada asal. Kali ini ada le kawan sebagai parti orang kampong iaitu UMNO.

Anonymous said...

Aku setuju bab mengatakan umno parti org kampung.....hehehe...walaupun nama parti tu omputih...heheh...

Anonymous said...

Kenapa PAS nak bantu ? apa manfaat PAS dapat dengan bantu UMNO ? Pelik tengok PAS ni musuh yang dalam yang tersepit hendak dilepaskannya sebab tu PAS gagal nak memerintah Malaysia sebab tak pandai main politik. UMNO ADALAH MUSUH MAKA PERLU DILAYAN SEPERTI MUSUH BUKAN LAYAN MACAM SAUDARA MARA WALAUPUN UMNO TU SAUDARA SEAGAMA TAPI DAH MENYELEWENG DARI AJARAN ISLAM. SEPATUTNYA PAS MENCONTOHI KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ DALAM TINDAKKANNYA TERHADAP GOLONGAN AR-RIDDAH IAITU GOLONGAN UMAT ISLAM YANG ENGGAN BAYAR ZAKAT DAN GOLONGAN YANG MURTAD. APAKAH BENTUK TINDAKKAN BELIAU, PERANGI DAN BUNUH SESIAPA YANG INGKAR. Ini sikit-sikit PAS akan tolong UMNO, nampak gayanya sampai Imam Mahdi muncul barulah Islam dapat ditegakkan di Malaysia. Assalammualaikum.

Anonymous said...

PAS dan syiah berpisah tiada..hehehe

Anonymous said...

Nampakk sangat bodohnya Iran. Marahkan Malaysia tak bagi Petronas buat bisnes tapi bagi syarikat USA masuk.

Tak berguna berkawan dengan Iran yang lidah bercabang. Tanggungjawab lebih besar ialah menjaga akidah rakyatnya. Jangan jadi macam PAS yang tutup sebelah mata walaupun ada pemimpin dan ahlinya yang pro Syiah laknatullah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails