Monday, March 03, 2014

FIFA: Bola Sepak Wanita Boleh Pakai Tudung. Tapi, M'sia Bengap?


iran women football team 007 FIFA Cabut Larangan Jilbab bagi Pemain Wanita Muslim

SUKAN
PEMAIN bola sepak wanita Muslim kini boleh memakai tudung selama perlawanan . Peraturan ini muncul selepas FIFA memutuskan untuk mencabut larangan bertudung kerana alasan agama , selepas pertemuan dengan Dewan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa ( IFAB ) di Zurich . 

Keputusan ini muncul setelah percubaan selama dua tahun tudung dikenakan dalam permainan muncul tanpa masalah .Gabungan Bola Sepak Asia memainkan peranan penting dalam meyakinkan FIFA agar peraturan mengenai tudung dapat dipertahankan , setelah sebelumnya FIFA menyatakan tentang kebimbangan keselamatan semasa bertanding dengan memakai tudung .

 " Ia telah memutuskan bahawa pemain wanita boleh menutupi kepala mereka untuk bermain , " kata Setiausaha Agung FIFA , Jerome Valcke . 

Masalah ini pertama kali muncul ketika pasukan kebangsaan perempuan Iran menarik diri dari pertandingan dengan Jordan pada tahun 2011 , ketika FIFA melarang mereka memakai tudung .Selain wanita Muslim , lelaki Sikh , yang juga diwajibkan untuk menutupi rambut mereka , juga akan mendapatkan keuntungan dari perubahan peraturan baru ini .  
[IH / Islampos ]

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menurut FIFA, kini pemain bola sepak wanita sudah boleh pakai tudung. Tapi Malaysi.. masih bengap?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails