Saturday, March 08, 2014

Selepas Anwar, 4 Lagi Akan Dipenjara.. -Rafizi


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di mesyuarat kepimpinan kelima Pakatan Rakyat di Setia Alam hari ini. Rafizi menjangka lebih ramai lagi pemimpin Pakatan akan dipenjarakan seperti mana Anwar diperlakukan. –  Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Mac, 2014.  
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli di mesyuarat kepimpinan kelima Pakatan Rakyat di Setia Alam hari ini. Rafizi menjangka lebih ramai lagi pemimpin Pakatan akan dipenjarakan seperti mana Anwar diperlakukan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Mac, 2014.  

Lebih ramai pemimpin Pakatan Rakyat (PR) akan dihadapkan ke mahkamah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan semalam atas kesalahan liwat, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR itu berkata, sekurang-kurangnya empat pemimpin pakatan pembangkang dari PAS, DAP, dan PKR sedang berhadapan kes mahkamah yang mana mereka dijangka akan dipenjarakan.

"Kalau Anwar boleh diperlakukan sedemikian, apa nasib kita saudara-saudari, apa nasib penjual sayur?" kata ahli Parlimen Pandan itu yang kini didakwa atas kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana merancang Perhimpunan Black 505 selepas Pilihan Raya 2013 lalu.

"Sudah 16 tahun mahkamah kita masih tidak boleh dipercayai untuk beri keadilan kepada rakyat," katanya, merujuk kepada penghakiman pertama yang mensabitkan Anwar pada 1998.

Rafizi berkata, Umno tidak akan berhenti menyekat pemimpin PR, termasuk memanipulasi sistem penghakiman. Pemimpin muda PKR itu turut menggelar mereka yang mempercayai sifat jujur Umno adalah individu yang bodoh kerana ciri-ciri parti itu katanya tidak mempunyai sifat kejujuran.

"Umno dan Barisan Nasional (BN) tiada konsep jujur. Kalau kita ini ingat mereka jujur, bodohlah kita," kata Rafizi ketika Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5 di Shah Alam hari ini.
Ahli Parlimen Pandan itu dalam ucapannya berkata, parti pemerintah itu mempunyai beberapa sifat yang negatif dan perlu dihancurkan.
"Umno dan BN tidak faham bahasa. Hendak ajar mereka hanya ada satu cara, kita hancurkan Umno dan BN.
"Sebab itu kita berhadapan dengan Umno, kita jangan sedikit pun lupa sifat dan ciri Umno," katanya, dan menambah, meskipun kepimpinan Umno bertukar, sifat dan ciri-ciri negatif Umno itu tidak pernah berubah.

Rafizi yang kelihatan berang dengan keputusan Mahkamah Rayuan mensabitkan kesalahan meliwat terhadap Ketua Umum PKR itu semalam berkata, parti pemerintah itu juga tidak memiliki sifat adil serta angkuh.

"Berapa kali kita hendak ditipu mereka, Umno dan BN tiada konsep adil, mereka tidak boleh faham kalau itu harta rakyat buat begini tak adil. Tak faham lagi?
"Umno dan BN angkuh dan tidak menghormati rakyat. Kita tegur mereka tangkap kita. Jangan lupa Umno dan BN angkuh sampai kiamat," katanya.
"Sifat dan jiwa Umno adalah rasuah. Makan rasuah, minum rasuah, tidur rasuah. Mereka tidak teragak-agak untuk menzalimi sesiapa sahaja. Zalim itu mainan mereka," katanya lagi.
Demi masa depan rakyat, Rafizi berkata, Umno dan BN perlu dihancurkan kerana tiada jalan lain untuk menjamin keadilan terhadap rakyat.

"Kalau tidak lawan Umno dan BN kita akan hancur. Hendak lawan Umno tidak boleh dengan cara konvensional. Mesti ada cara lain. Mereka gunakan bom berantai kita gunakan pisau, tidak boleh," katanya lagi.

Sehubungan itu, Langkah Kajang, kata Rafizi adalah tindakan drastik yang dilakukan PR untuk menghancurkan Umno.
"Mereka boleh sabotaj Langkah Kajang, tetapi kita kena jadikan Selangor sebagai benteng untuk ke Putrajaya.
"Saya menyeru (Menteri Besar) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan Selangor menggunakan kepakaran Anwar sebagai penasihat ekonomi untuk tewaskan Umno," katanya. – 8 Mac, 2014. (TMI)

1 comment:

Anonymous said...

apa yg diperlukan adalah sebuah revolusi spt di Iran. Imam Khomeini adalah ikon revolusi Iran. kaset2 beliau tersebar di rumah2 di Iran walaupun beliau berada diperancis.

knp Imam Khomeini tidak menubuhkan sebuah parti sbg landasan perjuangan beliau? Jwpn amat mudah. Sebuah parti/persatuan akan mempunyai ramai pemimpin. bila dah ramai pemimpin akan mudahlah pengkhianat dibeli. cth amat byk sehinggakan ada pemimpin pas yg lari ke umno.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails