Friday, March 07, 2014

Liwat: Anwar Patut Dibebaskan Tanpa Bela Diri. -Karpal


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) sepatutnya dibebaskan daripada tuduhan liwat tanpa perlu dipanggil untuk membela diri memandangkan pegawai penyiasat gagal mengikuti arahan pakar patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur semasa mengendalikan sampel yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebagaimana yang diberitahu kepada Mahkamah Rayuan hari ini.
Peguam Karpal Singh (gambar) berkata, Dr Siew Shue Feng mengarahkan Supt Judy Blacious Pereira untuk menyimpan 12 sampel dalam peti sejuk sebelum menyerahkannya kepada ahli kimia.

"Integriti sampel tidak diambil kira Pereira kerana beliau menyimpannya di dalam fail kabinet di pejabatnya dan bukannya peti ais," kata beliau dalam hujahnya.

Dr Siew menyerahkan sampel, termasuk swab rektum, yang diambil daripada Saiful untuk ujian DNA.
Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Putrajaya terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat Saiful, bekas pembantunya, di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.
Karpal berkata arahan ketua polis negara tidak menyatakan bahawa seorang pegawai penyiasat boleh mengeluarkan sampel daripada beg dan sebaliknya memasukkan ia ke dalam sampul surat berasingan sebelum melabelkannya.
Beliau berkata sampel diambil di hospital kira 56 jam selepas kejadian dan pegawai polis hanya menyerahkannya 40 jam kemudian kepada pakar kimia hospital kerajaan, Dr Seah Lay Hong kira-kira jam 7.30 petang  pada 30 Jun 2008.
Karpal berkata pihak pembelaan mencabar Dr Seah kerana integriti sampel dikompromi dan pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.
Beliau berkata hakim perbicaraan percaya testimoni dua pakar saksi pembelaan ke atas dua ahli kimia tempatan, termasuk Dr Seah.

"Itul adalah faktor yang menyebabkan hakim memutuskan untuk membebaskan Anwar selepas mendengar keterangan daripada dua pakar asing," katanya.

Pada 9 Januari, 2012, Anwar, 66, dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah unit kondominium di Bukit Damansara pada 2008.
Bagaimanapun, Putrajaya merayu terhadap keputusan itu.
Beliau juga berkata, mahkamah perlu mengambil kira keterangan Saiful  kerana selepas kejadian itu menunjukkan beliau boleh meninggalkan apartmen kerana pintu tidak berkunci.

"Bagaimanapun, beliau sempat makan karipap dan minum kopi dengan Anwar serta berada dalam apartmen selama 20 minit sebelum meninggalkannya," katanya.

Peguam itu memberitahu mahkamah walaupun dalam kes liwat yang pertama, Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar selepas membuang keterangan pengadu Azizan Abu Bakar kerana kekurangan kredibiliti.
Ramkarpal Singh, pembantu Karpal berkata, DNA yang dianalisis Dr Seah menunjukkan terdapat penyumbang ketiga pada sampel yang diambil daripada celah kelangkang  Saiful.
Yang lain adalah Anwar dan Saiful.

"Mungkin, Saiful ditusuk pihak ketiga," kata Ram Karpal.

Beliau berkata memandangkan sampel diserahkan kepada Dr Seah 96 jam kemudian terdapat kemungkinan besar berlakunya penyusutan kualiti.
Bagaimanapun, beliau berkata, pihak pembelaan menunjukkan sampel itu seperti baru.

"Justeru, adalah meragukan sama ada sampel yang dikutip daripada Saiful adalah yang dihantar untuk dianalisis," katanya.

Perbicaraan ditangguhkan esok.

Sebelum itu, Karpal terus mengecam timbalan pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana memburukkan imej Anwar.
Karpal, yang juga pengerusi kebangsaan DAP berkata, peguam Umno itu membuat kenyataan terhadap ketua pembangkang bagi pernyataannya yang dibuat dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi.
Shafee, semasa berhujah awal hari ini berkata, pihak pembelaan Anwar di Mahkamah Tinggi adalah penafian kosong apabila ketua PKR itu hanya memberi kenyataan dari kandang tertuduh.

"Tetapi beliau juga menyerang hakim , pihak pendakwa dan kerajaan apabila beliau memberi kenyataan tidak bersumpah," Shafee berkata .

Beliau berkata  adalah menjadi asas undang-undang bahawa seorang tertuduh mempunyai pilihan untuk memberi keterangan dan disoal balas, berdiam diri atau memberi kenyataan tidak bersumpah.
Karpal berkata beliau lama bersabar dan tidak mahu mengganggu Shafee selama lebih dua jam setengah apabila peguam berhujah dengan mencampurkan kenyataan politik.
Peguam veteran itu berkata, para hakim Mahkamah Rayuan perlu membuat keputusan kes ini beradasarkan bukti.

"Sebarang hujah mesti berada dalam parameter undang-undang," katanya dalam bilik mahkamah penuh yang kebanyakannya terdiri daripada penyokong PKR.

Beliau berkata, Shafee mengelirukan mahkamah apabila beliau bercakap piawaian pembuktian dalam kes-kes jenayah bergantung kepada keseimbangan kebarangkalian, lebih rendah daripada ujian keraguan munasabah.
Sama ada Shafee atau para hakim yang dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi menyampuk Karpal yang berkerusi roda  yang juga seorang ahli politik semasa berhujah dengan suara yang kuat dan tegas.
Beliau juga berkata, di dalam perbicaraan jenayah itu pihak pendakwaan mempunyai tanggungjawab membuktikan setiap bukti bagi pertuduhan itu.

"Orang yang dituduh tidak perlu membuktikan dia tidak bersalah," kata Karpal merujuk kepada hujah
Shafee bahawa pihak pendakwaan tidak dapat menyoal balas Anwar di Mahkamah Tinggi kerana beliau hanya memberikan kenyataan dari kandang tertuduh. – 6 Mac, 2014. (TMI)

1 comment:

Anonymous said...

pada pemahaman ana, apa yang tuan guru karpal cakap ialah anwar memang meliwat saiful tapi disebabkan teknikal, dia patut dilepaskan. mmmm.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails