Sunday, March 02, 2014

Murtadkan Melayu: Jelas Yu Ren Chung Gambarnya Di Majlis Itu..


Satu perbandingan gambar di laman blog Yu Ren Chung yang menunjukkan beberapa orang Islam hadir satu program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara dan bukan sesi memurtadkan mereka di sebuah gereja. - Gambar dari www.renchung,com





Seorang aktivis hak asasi wanita hari ini menafikan dakwaan beberapa blog yang menerbitkan gambar umat Islam hadir di sebuah majlis rasmi di sebuah institut pendidikan Islam adalah bukti sebuah sesi memurtadkan umat Islam di sebuah gereja di Malaysia.

Yu Ren Chung, aktivis badan bukan kerajaan (NGO) Women’s Aid Organisation, berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.

Katanya, gambar itu diambil pada 2012 ketika sebuah program anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang diadakan di dewan kuliah Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta, Kuala Lumpur.

"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya dalam satu kiriman blog semalam.

Gambar tersebut menunjukkan Yu bersama beberapa yang lain, termasuk wanita bertudung, sedang duduk di bangku kayu.

Acara yang berlangsung pada Februari 2012 itu membincangkan Dasar Keluarga Negara dan dihadiri penjawat awam dan aktivis NGO.

Yu berkata beberapa blog di Malaysia dan Indonesia mendakwa gambar berkenaan adalah program memurtadkan, manakala ada yang menuduh parti pembangkang berhubung gambar tersebut.

“Kasihan juga saya dengan PAS dan DAP," tulis Yu. "Bila isu murtad ditimbulkan, selalu sahaja DAP yang kena – kali ini PAS pun tak terlepas (padahal, program itu dianjurkan kerajaan BN).
“Kasihan juga saya dan rakan sekerja saya. Muka disebarkan merata-rata, tetapi kami tidak tahu pun."

Aktivis itu turut tidak menolak kemungkinan dakwaan sedemikian timbul ekoran dewan Istac yang kelihatan seakan-akan sebuah dewan gereja.
Katanya, pengguna internet boleh membuat carian sendiri bagi melihat sendiri bagaimana rekaan sebenar dewan berkenaan yang telah dimanipulasi oleh pihak tertentu.
Beliau juga memuatnaik sebuah gambar komposit membuktikan dewan itu sebenarnya bertempat di Istac dan bukannya gereja. – 1 Mac, 2014. (TMI)

Inilah Gambar Sebenar 'Gereja' Yang Didakwa Memurtadkan Orang Melayu
Besarkan sikit gambar. Tak tahu sama ada blogger crop bumbung dewan. Klik gambar kalau nak besar lagi:
PERHATIKAN DESIGN PADA KERUSI DAN PILLARS DEWAN

Carian Yong di Internet terjumpa blog Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia. Blog boleh di access di sini. Ada beberapa gambar aktiviti persatuan semasa melawat ke Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC) pada 12/12/2012. Berikut salah satu daripada gambar yang diterbitkan:
BANDINGKAN DESIGN KERUSI DAN PILLARS DEWAN

Bukan susah sangat bagi blogger macai ini untuk mengesahkan di mana gambar itu diambil. Tetapi disebabkan terlalu taksub untuk membuat fitnah, dia terus terbitkan dan sebarkan gambar fitnah tersebut. Gambar fitnah itu juga dimuatnaik oleh beberapa blogger macai lain seperti Suara Rakyat Malaya pada 1 Januari 2013. Google saja dan komer akan jumpa di sini.
Sangat menyedihkan dan memalukan perkara ini berlaku. Semuanya gara-gara penguatkuasa yang lemah memantau blog-blog kaki fitnah.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada pihak penguatkuasa supaya peka kepada apa contents yang dimuatnaik blogger macai BN. Contents in segaja dibuat untuk menimbulkan kemarahan orang Islam kepada bukan Islam dan DAP.
SKMM dan polis - bersikap adillah. Jangan hanya mencari salah blogger pro Pakatan Rakyat.
Allah -Subhana Wa Ta’ala- berfirman,
إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ [البروج/10
“Sesungguhnya orang-orang yang mem-fitnah (membakar) orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Q.S. Al-Buruj: 10).
Gambar tambahan dari blog Persatuan Mahasiswa..
GAMBAR DEWAN DARI BELAKANG
(Diangkat dari Addin)

1 comment:

Anonymous said...

Heran juga macam mana Institut Pemikiran Islam dan Ketamadunan di Jalan Duta buleh buat dewan kuliah macam gereja ... Ngape le!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails