Saturday, March 08, 2014

Pesawat MAS Bawa 239 Penumpang Ke Beijing Dilapor Hilang


Paparan penerbangan sebuah laman trafik udara menyatakan pesawat MH370 mendarat jam 6.10 pagi. Menurut MAS, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pagi tadi selepas pesawat tersebut putus hubungan dengan pusat kawalan udara. – Gambar flightradar24.com, 8 Mac, 2014. 

Paparan penerbangan sebuah laman trafik udara menyatakan pesawat MH370 mendarat jam 6.10 pagi. Menurut MAS, operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pagi tadi selepas pesawat tersebut putus hubungan dengan pusat kawalan udara. – Gambar flightradar24.com, 8 Mac, 2014.Operasi menyelamat dilancarkan sebentar tadi selepas sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang membawa 227 penumpang menuju ke Beijing dilaporkan hilang oleh pihak pengawal trafik udara pagi ini.

Menurut MAS, penerbangan MH370 putus hubungan dengan Pusat Kawalan Udara Subang jam 2.40 pagi ini.

Pesawat B777-200 tersebut berlepas daripada Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam semalam dan dijangka mendarat pada 6.30 pagi ini.

"Penerbangan itu membawa 227 penumpang (termasuk 2 kanak-kanak), dan 12 anak kapal," kata MAS dalam kenyataannya.

"Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang sudah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat bagi mengesan pesawat itu," tambahnya. – 8 Mac, 2014.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails