Tuesday, March 04, 2014

MoU Air S'ngor: Anwar Bela Rafizi?


 

KAJANG: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bahawa Pengarah Strategi parti itu, Rafizi Ramli telah memaklumkan kepada beliau untuk membangkitkan beberapa persoalan berhubung perjanjian persefahaman (MoU) Penstrukturan Semula Air Selangor.

Anwar berkata, beberapa persoalan yang cuba dilontarkan oleh Rafizi dianggap perkara demokratik yang melibatkan kepentingan rakyat.

"Isu ini untuk kepentingan negeri dan rakyat. Saya tidak mahu lihat isu pertentangan dua pihak. Kenyataan Rafizi itu dalam bentuk soalan. Tidak adil buat andaian sebelum dapat jawapan," katanya.

Anwar berkata demikian kepada media ketika pelancaran Bilik Media dan Bilik Gerakan Utama PRK N25 Kajang lewat petang semalam.

Terdahulu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sesi untuk menerangkan kandungan MoU antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Persekutuan akan memutihkan dokumen tersebut dalam masa terdekat.

"Saya ada perjumpaan dengan Kerajaan Persekutuan untuk bincang tentang pelepasan dokumen itu. Kalau hak milik kerajaan negeri saya ada kuasa. Ini kita ada prosedur," katanya.

Sebelum ini, Rafizi mendesak Khalid serta kerajaan negeri memberi penjelasan dan mendedahkan dokumen sebenar MoU itu. (HD)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails