Friday, March 07, 2014

Shahrizat Usik Bakal Calonnya Sendiri.. Cari Suami..


Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil menjelaskan usikan "cari suami" selepas pilihan raya kecik Kajang yang ditujukan kepada bakal calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun adalah "usikan seorang kakak" dan bukan satu penghinaan.

"Saya kenal sangat dengan beliau. Ini sebenarnya macam sembang-sembang keluarga dan kita hanya suka-suka.
"Saya usik beliau sebagai seorang kakak, itu sahaja. Ini bukan penghinaan," katanya.
"Bagi saya, apabila pembangkang memperbesar-besarkan perkara ini, ia menunjukkan mereka sebenarnya orang yang terdesak," kata Shahrizat.

Sebelum ini Shahrizat dilaporkan ramai lelaki berbaris untuk mengahwini Chew tetapi beliau akan hanya mencari seorang suami selepas pilihan raya kecil itu pada tarikh 23 Mac. 
Walaupun Chew mempertahankan Shahrizat dan menjelaskan yang beliau faham ia merupakan satu usikan, bakal calon BN itu bagaimana pun tidak menyertai satu sidang media bersama Shahrizat selepas satu program di Kajang, hari ini. (MK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails