Wednesday, March 05, 2014

M/Persekutuan Tangguh Keputusan. NGO Jadi Ganas?

Peserta bantahan terdiri dari NGO Islam dan Melayu berkumpul di depan pintu Mahkamah Persekutuan hari ini ketika demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Katolik, Herald. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 5 Mac, 2014





Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan permohonan gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitannya sebelum ini yang memutuskan Kementerian Dalam Negeri mempunyai hak mengharamkan penggunaan perkataan itu dalam Herald.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria menangguhkan keputusan itu selepas mendengar hujah kedua-dua pihak.

Sementara itu di luar mahkamah, kira-kira 1,500 peserta perhimpunan yang kebanyakannya terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam hari ini cuba merempuh masuk ke Istana Kehakiman kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Gerakan yang dicetuskan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali itu kini mula berkumpul di hadapan perkarangan mahkamah namun cuba dikawal oleh polis.

Setakat ini peserta perhimpunan melempar mikrofon dan botol air mineral ke arah pintu kaca di mana tempat wartawan dan orang awam sedang menunggu. – 5 Mac, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Setakat ini peserta perhimpunan melempar mikrofon dan botol air mineral ke arah pintu kaca di mana tempat wartawan dan orang awam sedang menunggu.' Apakah ini bukti NGO Islam/Melayu ini sudah jadi ganas?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails