Monday, March 03, 2014

The Journey Filem Cina Nusantara, Cabar Filem Melayu.

Filem The Journey
HALAMAN HIBURAN

KUTIPAN filem berbahasa Cina tempatan, The Journey yang mencecah RM13.11 juta sehingga 24 Februari lalu menjadi buah mulut ramai. Orang yang tidak pernah ambil tahu mengenai filem juga tiba-tiba beratur untuk membeli tiket The Journey yang khabarnya masih berjaya memenuhkan panggung walaupun sudah lebih sebulan ditayangkan.

Kejayaan filem arahan Chiu Keng Guan yang sebelum ini menghasilkan Woohoo! pada 2010 dan Great Day (2011) itu memadam rekod filem paling laris Malaysia sebelum ini. Rekod filem KL Gangster dengan RM11.74 juta dan Ombak Rindu (RM10.9 juta) sudah terhapus dalam sejarah. Itu sesuatu yang luar biasa bahkan dilihat sebagai satu fenomena baharu.

Ketika filem-filem Melayu mengeluh, The Journey yang ditayangkan sejak 30 Januari lalu tiba-tiba sudah jauh berada di hadapan. Siapa sangka, filem kekeluargaan, konflik perkahwinan campur dan cinta itu masih boleh menjadi kegilaan. Pendek katanya, 'boleh jual'. Sedangkan kalau dalam filem-filem Melayu, konflik sebegitulah yang dianggap konservatif, klise, membosankan dan ketinggalan zaman

Tahun ini, filem-filem Melayu seperti Balistik bergegar dengan tembakan bedil di sana sini sekadar cukup makan dengan kutipan sebanyak RM1.83 juta. Filem Muka Surat Cinta hanya memperoleh jualan tiket sebanyak RM80,000, Laga (RM160,000), Jangan Pandang Belakang Boleh? (RM1.09 juta) dan Kami Histeria (RM670,000) pula menerima nasib malang sebagaimana filem-filem Melayu sebelum ini yang sekadar datang dan pergi begitu sahaja.

Angka-angka itu menunjukkan betapa tidak bersemangatnya gegaran filem tempatan untuk dua bulan pertama 2014 ini. Barangkali, Sejoli lakonan Bront Palarae, Maya Karin dan Remy Ishak yang memulakan tayangan 20 Februari lalu masih membawa secarik harapan. Itu pun hanya secarik!
Dengan sentuhan magis pengarahnya, Chiu Keng Guan, filem berbahasa Cina ini telah merampas takhta milik filem KL Gangster..

Kisahnya

Pengembaraan The JourneyIa mengisahkan Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat berasa kecewa apabila anak tunggalnya, Bee ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, Benji selepas sedekad menuntut di United Kingdom.

 Filem The Journey mengisahkan Uncle Chuan yang berpegang teguh pada adat berasa kecewa apabila anak tunggalnya, Bee ingin berkahwin dengan jejaka Inggeris, ...

Begitupun, kerana kasih seorang bapa, Chuan bersetuju tetapi dengan syarat. Mereka harus berkompromi dengan keinginannya untuk mengadakan majlis mengikut tradisi.

Malah cara mengundang tetamu juga konvensional dan konservatif iaitu mereka sendiri harus menyerahkan kad jemputan tidak kira di mana lokasinya.

Lalu bermulalah perjalanan Chuan dan bakal menantunya merantau ke pelosok tempat. Tanpa mereka sedar, penjelajahan itu bukan sekadar misi jemputan ke kenduri kahwin, sebaliknya perjalanan mereka mengenal diri dan satu sama lain.

Komen Filem Ini:
  1. Tanggapan bahawa orang Cina tempatan tidak menonton karya bahasa Cina tempatan juga sudah tidak rasional. Dahulu mungkin benar, sekarang tidak lagi.
  2. Rasanya orang Cina sendiri mahu tengok budaya Nusantara dalam karya Kantonis atau Mandarin, bukan semata-mata aksi kung fu atau kongsi gelap macam dalam filem Hong Kong dan China lagi.
  3. Dikatakan juga kejujuran perilaku, perbuatan, dialog dan cerita filem meresap tanpa dipaksa-paksa. The Journey, contoh sebuah filem orang Cina yang mengkritik budaya sendiri tanpa menimbulkan kemarahan dan menyentuh sensitiviti budaya mana-mana bangsa. Ia santai, ringan dan comel, tetapi isu yang dibawanya sangat besar.
  4. Filem ini dikatakan sangat merendah diri, tiada hal-hal yang gempak yang boleh disebut sebagai gimik. Tiada bintang paling popular, tiada tema popular malah tiada aksi ganas atau muka hantu yang hodoh.
  5. Bukan seperti apa yang difikir oleh pembikin filem Melayu hanya khayalan dan meramal apa yang penonton suka. Oleh itu, pencapaian The Journey ialah satu tamparan hebat kepada semua pembikin filem berbahasa Melayu. Tamparan yang berupa cabaran!
The Journey juga menunggu waktu untuk ditayangkan di Singapura dan Taiwan sekitar bulan ini dan April nanti. Pengarah filem The Journey, Chiu Keng Guan sendiri melahirkan rasa terkejut kerana tidak menyangka filem ketiga arahannya itu mendapat kejayaan luar biasa.

"Tiada resipi khusus tetapi filem ini memaparkan kehidupan sebenar masyarakat di Malaysia," kata Ken Guan yang berhasrat untuk cuba menghasilkan filem bahasa Melayu pula suatu hari nanti. (IH)

IKLAN    
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.
  100% SteviA, tanpa kelori, tanpa bahan kimia, tiada pewarna, tiada pengawet.
(klik gambar ini..)
Stevia Ganti Gula Dalam Makanan Dan Minuman, Untuk Diabetes.  
HMH STEVIA HERBA.  
Wakil Penjual: 
Selangor Salina-01112804271 (Kajang)
Badli-0175464055 (Ampang),
Man -01 111281452 (Selayang),

Hasibullah-012 2190400 (Kelang/Meru)
W/Persekutuan
Norzaidah - 0123702437 (Putrajaya)
  
Bakhtiar- 0183968580 (Lembah Pantai) 
Mail - 0178807326 (KL Jln P.Ramlee)
Perlis, Kedah
0134384797 (Perlis)

Asri 0125445084 (Jitra) 

Norriehan
0175278832 (Alor Star),
P.Pinang

CT Rahmah 0132289576
Pahang 
Roslan
0132132967 (Temerloh)
Melaka 

Rahmat 0147266599 (Jasin)
 
Johor 

Syed 0176778774 (JB)
 

Lihat artikel

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails