Thursday, June 25, 2015

Tubuh Pakatan Pembangkang & Parti Baru, Tapi Di Mana Datuk Husam & PasMa?

Antara pemimpin politik mewakili PKR, DAP dan PAS yang hadir pada majlis berbuka puasa di rumah Datuk Kamarudin Jaffar, malam semalam. - Gambar Facbook Teresa Kok, 24 Jun, 2015. Antara pemimpin politik mewakili PKR, DAP dan PAS yang hadir pada majlis berbuka puasa di rumah Datuk Kamarudin Jaffar, malam semalam. - Gambar Facbook Teresa Kok, 24 Jun, 2015.

PENGERUSI jawatankuasa bertindak G-18, Mohamad Sabu berkata, mesyuarat di Kuala Lumpur sehari sebelum itu berjalan dengan baik dan dihadiri pemimpin kanan PKR dan DAP. Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, selepas Ramadan nanti, G-18 akan membuat pengumuman rasmi mengenai masa depan politik mereka.

"Ia sangat berjaya dengan semua pemimpin kanan menyertainya," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tanpa mahu mengulas panjang.

Ditanya sama ada terdapat perbincangan menubuhkan pakatan pembangkang baharu, Mat Sabu berkata: "Tunggulah lepas raya nanti."

Hampir kesemua anggota G-18 yang tewas dalam pilihan raya lepas menyertai majlis berbuka puasa di rumah bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar, di Kemensah Heights, Kuala Lumpur.

Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat mengesahkan kehadiran pemimpin kanan PKR dan DAP.

"PKR datang dengan diketuai presidennya sendiri Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) manakala DAP juga datang," kata Kamarudin.

Selain Dr Wan Azizah, antara yang turut hadir dari PKR ialah Chua Tian Chang atau Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Johari Abdul dan Shamsul Iskandar Mohd Akin. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR dikatakan tidak sempat hadir kerana terlibat dengan program di Kuala Selangor.

DAP pula disertai Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan lain-lain. Dipihak G-18 pula, selain Mat Sabu, turut hadir ialah Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof, Asmuni Awi, Dr Mariah Mahmood. G-18 sedang dalam siri pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan, susulan penubuhan jawatankuasa bertindak pada 16 Jun lalu di Muar, Johor.

Menurut MP Shah Alam, Khalid Samad bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat..

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.
"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'. Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:

"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.
"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.

Yang menjadi tandatanya sekarang dimana bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Bekas Ketua Muslimat Siti Zailah, Wan Rahim bekas Speaker Kelantan dan pemimpin-pemimpin Pasma? Apakah mereka ada haluan masing-masing, atau tersingkir dari arus ini? (IH)

6 comments:

Anonymous said...

GEROMBOLAN 18

HA HA HA HA HA HA 18x shj

Anonymous said...

Teruskan, jangan biar Ularmak sampul bermaharajalela.....Jangan biarkan Ularmak yg suka mencaci memberi khutbah pada kita sedang diri mereka sendiri kotor.....

Anonymous said...

orang cerdik bila jadi bodoh mmg patut la kena caci..
bila ulamak mencaci ko marah.. bila Dap mencaci ulamak ko backup..
hai manusia... didunia ko bebas berkata2

Anonymous said...

Takat nak basmi rasuah.PAS dah lama buat dah..nampak sgt tiada matlamat...bersekongkol dgn org yg menghina pas dan presiden pas sendiri...nampak sgt golongan ini golongan kecewa...tak ke mana pun...

Anonymous said...

Takat nak menentang rasuah...perlu parti baru ka? Lawak lawak.....

Unknown said...

Pas campur al maunah jdlah pas punah. Tak perlu cakap banyak. Aku pengundi di dun salor akan mumulakannya. Jangan bongkak wahai ulamar, pengundi kelantan bijak. Salah satu perangai org kelantan ialah marah dan benci pd org yg tikam kawan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails