Sunday, June 21, 2015

Judi.. Tangkap! Walaupun Hasil Dari Bapa Borek Anak Rintik.


 ANGGOTA polis memeriksa beberapa suspek pelanggan judi haram di dalam sebuah bilik suite yang diubah suai menjadi kasino mini semalam.

PETALING JAYA – Sindiket judi haram yang menjadikan sebuah bilik suite dalam sebuah kompleks beli-belah di Su­bang Jaya dekat sini sebagai kasino mini akhirnya tumpas selepas sepasukan polis melakukan serbuan di premis berkenaan semalam.

Dalam serbuan pada pukul 12 tengah malam itu, sebanyak 22 kaki judi yang leka berjudi dicekup sepasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman diketuai Deputi Superintendan Tan Tin Heng.

Satu sumber berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir seminggu untuk melakukan serbuan memandangkan kawasan sekitar premis itu dikawal ketat selain pelanggan tetap saja dibenarkan masuk. Katanya, hasil siasatan mendapati premis yang menawarkan permainan judi kasino atas meja telah beroperasi lebih dua bulan dan mereka telah mengubah suai premis disewa itu sebagai sebuah bilik suite mewah untuk menarik pelanggan ke sana.

“Dalam serbuan itu, kita menahan 22 pelanggan terdiri daripada warga tempatan, Singapura, Itali dan Iran serta lima pekerja yang berusia lingkungan 18 hingga 58 tahun.
“Hasil siasatan lanjut mendapati setiap pelanggan mempunyai kad akses untuk memasuki premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya lagi, setiap pertaruhan mampu mencecah sehingga ratusan ribu ringgit dan dalam serbuan itu peralatan judi seperti cip dianggarkan bernilai RM10,000 serta wang tunai RM1,500 telah dirampas.

Tahniah pihak polis, tangkap saja, walaupun ianya hasil dari kerajaan Malaysia yang mentarbiahkan judi kepada rakyatnya. Bapak borek anak rintik. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails