Wednesday, June 24, 2015

Surat Khabar Bungkus Makanan.. Haram!


Mat (kiri) melancarkan Kempen Keselamatan Makanan di bazar Ramadan Arau, Kangar semalam.
 
PENGGUNA

KANGAR – Kerajaan negeri Perlis akan menguatkuasakan undang-undang bagi melarang penggunaan kertas surat khabar sebagai pembungkus makanan yang didakwa boleh menyebabkan penyakit kanser.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil negeri, Mat Hassan berkata, kertas surat khabar didapati digunakan secara meluas oleh peniaga di seluruh Perlis termasuk untuk membungkus pisang goreng dan kuih-muih.

“Sebenarnya, kertas surat khabar mengandungi bahan kimia berbahaya iaitu karsinogenik pada bahagian dakwatnya yang boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang selain meningkatkan kandungan toksik dalam badan manusia yang menjadi punca kanser,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Keselamatan Makanan di bazar Ramadan Arau di sini semalam. (kOSMO!)

2 comments:

Anonymous said...

"Jadi jangan baca surat khabar.... nanti dapat kanser".

Komen macam ni ada tokoh macam A. MASLAN tak? Kalau ada... boleh nak apply jadi menteri kesihatan.

andah said...

X yah beli surat khabar. Baca online kan senang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails