Tuesday, June 23, 2015

Pendekkan Waktu Hiburan Maksiat, Pun Kerajaan UMNO/BN Tak Mampu..

 
HALAMAN HIBURAN

KUANTAN: Lemah sungguh kerajaan UMNO/BN yang memerintah negara ini, hendak memendekkan waktu hiburan maksiat sementara bulan Ramadhan saja di Kuantan pun tak mampu. Apa lagi nak tutup seluruh kegiatan-kegiatan maksiat itu selama-lamanya.

Hal ini berikutan arahan supaya perniagaan pusat-pusat hiburan di sini ditutup lebih awal telah dibatalkan. Langkah yang diarahkan oleh Majlis Perbandaran Kuantan mengkehendaki premis-premis ditutup pada pukul 11.30 malam selama satu bulan, tidak mampu dilaksanakan.

Dalam mesyuarat tergempar pada Isnin di antara tujuh ahli majlis MCA dan Presiden Majlis Perbandaran Kuantan Datuk Zulkifli Yaacob, dilaporkan 'penyelesaian secara baik' telah dicapai.


Ahli Majlis Datuk David Lee yang mengetuai kumpulan itu berkata majlis telah bersetuju agar premis hiburan ditutup pada pukul 1 pagi setiap hari dan pukul 2 pagi, pada Sabtu, tidak seperti cadangan asal.

Lee berkata umat Islam bagaimanapun dihalang daripada memasuki premis ini bermula pukul 11 malam ke atas.

"Suatu notis standard mesti dipaparkan bagi memberitahu semua penganut agama Islam tentang perkara ini.
"Jika pegawai penguatkuasa menemui pengunjung Islam di dalam, lesen operasi akan digantung," katanya pada sidang akhbar.

Lee berkata garis panduan itu diperkenalkan pada tahun ini oleh Jabatan Pelesenan majlis selepas menerima aduan orang ramai. Ia akan menjejaskan beratus-ratus pusat hiburan seperti kafe siber, pusat karaoke, pusat snuker dan rumah urut.

Ditanya mengapa ahli majlis tidak membangkitkan bantahan terhadap langkah itu sebelum ini, Lee berkata perkara itu telah diputuskan pada mesyuarat dalaman dan mereka tidak dirujuk. (IH)

2 comments:

mansor said...

PAS kata UMNo ikhlas nak jaga agama sebab tu Hj Hadi tertarik dengan pujuk rayu UMNO...

Hj Aduka said...

Tak jadi masalah sebab memendekkan waktu hiburan takde dalam manifesto PAS kan...sebabtu PAS selalu memuji UMNOBN..dan memang patut UMNOBN dipuji kerana membantu membuat keputusan muktamar baru-baru ini. Tahniah UMNO...Tahniah PAS...PAS dah jadi semakin kuat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails