Wednesday, June 24, 2015

Renang Bogel Di Cuaca 11 Darjah Celsius.. Australia.

Festival renang bugil di Tasmania. ©Daily Mail
 
CATATAN SANTAI IBNU HASYIM
 
Berkerja di Australia..
Siri 1:  Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4... 
Siri 2:  Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...

Siri 3:  Paling Sikit 30 Serangan Terhadap Muslim Australia...
Siri 4:  Gadis Australia Ini Pula Diserang Islam.

SEBANYAK 752 orang dari pelbagai usia berenang bogel di tengah cuaca 11 darjah Celsius pagi ini di Sungai Horbart, Tasmania.
 
Mereka berani menceburkan diri ke laut di cuaca sejuk itu dalam rangka memperingati Festival Dark Mofo atau hari di mana siang sangat pendek dan malam sangat panjang tahun ini.
 
Acara nekad itu dianjurkan oleh Muzium of Old and New Art, seperti yang dilaporkan oleh surat khabar the Daily Mail, Isnin (22/6). Ratusan orang itu hanya memakai penutup kepala berwarna merah dan tuala di badan sebelum berlari menceburkan diri ke sungai sejuk.
 
"Ini peluang bagus buat telanjang," kata seorang peserta bernama Ben Coxen.
Ini adalah kali ketiga Festival Berenang Bogel Dark Mofo. Di tahun pertama peserta berenang telanjang itu ada 230 orang.
 
Dalam festival yang dilaksanakan selama 10 hari ini siri pameran seni unik dan persembahan, juga dipaparkan.
 
Kesimpulan:
 
Berita ini sekurang-kurang menjadi cabaran bagi pekarja-pekerja dari Malaysia yang bekerja di perkebunan Australia sekarang dalam cuaca yang agak sejuk. Mereka terus berpuasa dan berkerja dengan penuh cabaran. Terutamanya bagi pemuda-pemuda yang baru sampai ke sana.
 
Orang bukan Islam sanggup bermati-matian demi perjuangan mungkar dan maksiat mereka, mengapa orang beriman tidak sanggup berjuang untuk kebenaran dan keadilan agama kita sendiri?
 
Bersambung..

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
24 Jun 2015 KL



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails