Tuesday, June 23, 2015

Imej Najib Pulih, Felda Bayar Zakat? (79)

Perdana Menteri, Datuk Najib Razak menyerahkan bayaran zakat Kumpulan Felda kepada wakil Pusat Zakat setiap negeri yang antara lain terdiri daripada menteri besar; ketua menteri dan exco kerajaan negeri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Jun, 2015.

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Felda bayar zakat berjumlah RM23 juta

Perdana Menteri, Datuk Najib Razak hari ini menyampaikan bayaran zakat Kumpulan Felda bagi tahun 2014 berjumlah RM23.1 juta kepada 14 Pusat Zakat Negeri di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, RM18.3 juta dibayar oleh Felda Global Ventures Holdings Berhad; Koperasi Permodalan Felda (RM4.1 juta); Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Berhad (RM121,476) dan Koperasi Pekerja Felda Malaysia Berhad (RM39,357).

Najib menyerahkan bayaran zakat Kumpulan Felda itu kepada wakil Pusat Zakat setiap negeri yang antara lain terdiri daripada menteri besar; ketua menteri dan exco kerajaan negeri di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana di Putrajaya.


Terdahulu, Najib berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama-sama menteri dan timbalan menteri; duta serta perwakilan asing; pegawai kanan kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Sementara itu, kenyataan Felda menyebut perkembangan berterusan perniagaan Kumpulan Felda membolehkan ia membayar zakat dan seterusnya membantu lebih ramai masyarakat Islam yang memerlukan.

"Tidak dinafikan bahawa kewujudan Felda turut membantu memakmurkan masyarakat dan negara amnya," menurut kenyataan itu.

Pada majlis itu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Kuala Lumpur sebelum bersama-sama dengan tetamu dan menunaikan solat sunat Tarawih. - Bernama, 22 Jun,2015


Tetapi lihat ini pula..

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghabiskan sebanyak RM26,080,144.39 wang rakyat ke luar negara dalam tempoh empat tahun sejak 2009. Menteri di Jabatan Perdana Menteri memaklumkan demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong
.
Jumlah itu mewakili keseluruhan 74 kali lawatan Najib yang turut diiringi para pegawainya. Mengikut pecahan tahunan, pada 2009, Perdana Menteri melakukan 22 kali lawatan ke luar negara dengan 306 orang pegawai yang menelan kos RM3,442,343.68.

Pada 2010 pula sebanyak 17 kali dengan 252 pegawai dengan kos RM5,133,875.99. Paling kerap pada 2011 iaitu sebanyak 27 kali dengan 425 pegawai mengiringi dengan kos RM12,568,227.49.

Untuk separuh tahun 2012, sebanyak lapan kali lawatan bersama 125 pegawai dengan kos RM4,935,697.23. Di maklumkan juga, Perdana Menteri menghabiskan RM3 juta wang rakyat untuk mengadakan lawatan ke London, New York dan Washinton, Amerika Syarikat dalam masa beberapa hari.

Najib berbelanja RM849,175.33 ketika berada di London antara 13 hingga 15 Mei untuk menghadiri majlis anjuran Putera Charles. Lawatan itu diikuti dengan mesyuarat Perdana Menteri di Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global di New York antara 16 hingga 18 Mei, dengan kos RM1.6 juta.

Selain itu, Najib bersama pegawainya berkunjung ke Washington untuk ‘kunjungan peribadi’ antara 109 hingga 24 Mei dengan kos RM452,985.75. Perlu diingatkan bahawa kapal terbang 9M-NAA yang digunakan Najib hanya untuk kegunaan rasmi Yang di-pertuan Agong dan Perdana Menteri, bukan untuk percutian peribadi. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails