Thursday, March 17, 2016

Buku Ini, DAP Didik Anak Muda Melayu Jadi Penganut Sosialis/Komunis?



Buku  Himpunan Anak Muda Melayu Penganut Sosialis Komunis DAP

Azman Haj – Buku yang menghimpunkan tulisan anak-anak Melayu murtad dan sedang menganut ajaran sosialis komunis DAP.
SINOPSIS:
Membaca naskhah ini sangat menyakitkan. Dada bagai disiat-siat dengan belati tajam bila ada anak muda Melayu bercakap tentang Melayu dengan penuh prejudis dan sinis. Demikianlah buku ini.
Ia menghimpunkan 9 orang anak muda Melayu yang menulis tentang 9 kisah hidup masing-masing sebagai anak Melayu. Kesemua Melayu ini ialah Melayu oposisi, yang sudah tentu kiblat mereka condong jelas ke kiri.
Mereka ialah Dyana Sofya Daud (calon DAP Teluk Intan), Zairil Khir Johari (MP DAP), Wan Hamidi Hamid (wartawan DAP), Haris Zuan (ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang-DAP), Altaf Deviyati (Penang Institute-DAP), Edry Faizal Eddy Yusof (Penyelaras Roketkini-DAP), Izmil Amri, Raja Ahmad Iskandar Fareez, dan Syukri Shairi.
Mereka masing-masing menulis tentang latar hidup mereka sebagai orang Melayu sejak kecil hingga kini dan bagaimana mereka membesar sebagai seorang Melayu.
Ada antara mereka berkongsi pengalaman bersekolah di sekolah Cina (SJKC), belajar di UiTM, hidup dalam persekitaran kampung Melayu, berstatus Pemastautin Tetap, dan juga imigran. Mereka ini kebanyakannya mempunyai latar keturunan melalui perkahwinan campur.
Altaf Deviyati misalnya yang menulis tentang Meroboh Naratif Melayu, merupakan bekas pegawai kanan PEMANDU di JPM sebelum menyertai Penang Institute bawah kelolaan DAP, datang dari keluarga kahwin campur dan lama menetap di luar negara, mengulas tentang dimensi Melayu yang rencam walaupun ayahnya sendiri merupakan ahli usrah ABIM.
Beliau jelas mengkritik sikap orang Melayu yang bagai berada bawah kepompong dan tertutup minda dengan mengambil contoh gerakan Al-Arqam, dan amalan bomoh dan sihir di kalangan orang Melayu sebagai bahan pelaris, susuk dan tahyul. Beliau juga mengkritik sistem pendidikan awam.
Raja Ahmad Iskandar yang menulis artikel ‘Apa Ertinya Menjadi Melayu’ turut mengkritik kursus-kursus BTN yang pernah dihadirinya yang menurutnya menyebarkan pemikiran feudalistik Melayu yang terus berpusat kepada pihak berkuasa.
Hampir keseluruhan artikel mereka ini seolah-olah mahu menghukum bangsa mereka sendiri dengan mengaitkannya dengan dosa UMNO, sistem feudal serta sistem yang sedia ada dipraktikkan dalam negara ini.
*Selalu saya terfikir bolehkah kita turut menulis buku dengan tema yang sama tetapi dalam konteks Melayu kanan sebagaimana yang jadi pegangan kita selama ini untuk lawan buku ini? (http://www.semberono.com/)

14 comments:

Anonymous said...

Kasihan melihat segelintir pemuda dan pemudi Melayu yang telah di'brainwashed' oleh parti sekular totok dan pendidikan sekular Barat untuk menjadi menjadi hamba abdi ajaran sekularisme, liberalisme dan pluralisme yang bertentangan dengan ajaran Islam. Merekalah yang sedang menjadi pengkhianat membela dan menyokong sifu-sifu roket yang bersifat perkauman tehadap umat Islam dan menentang ajaran Islam dan hukum Allah.

Merekalah adalah musuh dalam selimut yang cuba menyebarkan ajaran sekularisme, liberalisme dan pluralisme dalam masyarakat Islam untuk melemahkan umat Islam dan menghapuskan identiti Islam dan politik Islam kerana mereka tahu perpaduan umat Islam adalah kukuh dan kuat selagi Islam wujud.

Kita pernah menemui manusia-manusia yang datang dari keluarga kahwin campur dan mempunyai nama Islam atau nama Melayu tetapi mereka mendakwa mereka tidak beragama Islam dan cara hidup mereka tidak seperti umat Islam. Jika orang-orang ini digunakan oleh parti-parti politik yang memusuhi Islam untuk menyebarkan sekularisme, liberalisme dan pluralisme dll di kalangan umat Islam, umat Islam akan menjadi keliru!

Ali said...

Patut semua org baca buku tu..

Ali said...

Patut semua org baca buku tu..

Hussin S said...

Belum kenal diri lg.

Anonymous said...

luahan hati sebilangan kecil orang melayu yang kecewa dengan aliran pemikiran melayu yang tidak progressif dan retrograsif.........

Anonymous said...

Melayu aku bosan dgn bangsa melayu walaupun aku melayu. bosan dgn sikap
Menghambakan diri kpd tuannya walau tuan Dia bangang tak amanah.takut untuk bebas bersuara .....malas dan harap bantuan subsidi tiada sifat daya saing.... Memang satu hari bangsaku akan menjadi bangsat di tanah melayu ... Sekarang dah jadi Malay sia sia

borhan sharif said...

Anon12:43, saya sangat bersetuju dgn saudara....cuma satu pembetulan kecil...BUKAN satu hari bangsaku akan menjadi bangsat....KINI SUDAH BANGSAT...7.9juta jadi PENGEMIS BRIM....PUAS HATI SAYA KERANA ITU LAH YANG SELAYAKNYA UNTUK PENYOKONG PARTI ASSOBIYAH YANG NABI MOHAMMAD TAKK AKUI DARI GULONGANNYA.SEMOGA KITA YANG TAK MENGANUTI FAHAMAN PARTI BANGSA DISELAMATKAN ALLAH.....AMIN

Anonymous said...

UMNO kalau melayu lagi miskin lagi bagus senang nak bagi lebihan dedak kat dia orang

Su Jeng said...

Apakah UMNO itu Islam? Apakah tnpa Umno tiada Islam?

Su Jeng said...

Apakah UMNO itu Islam? Apakah tnpa Umno tiada Islam?

Anonymous said...

Apakah UMNO itu Islam? Apakah tnpa Umno tiada Islam?

Solan ni kena tanya mufti harussana maza mufti pahang. Noh gadut pon bolehh gak. Hihihi

Anonymous said...

Apakah UMNO itu Islam? Apakah tnpa Umno tiada Islam?

Solan ni kena tanya mufti harussana maza mufti pahang. Noh gadut pon bolehh gak. Hihihi

Anonymous said...

Balaci-balaci sekular totok bersikap perkauman sebab mereka selalu menghina orang-orang Melayu seperti tertulis dalam komen mereka di atas. Jika orang Melayu menghina kaum sekular totok, kaum sekular totok akan buat bising seluruh negara. Mengapa mereka berdiam diri jika kaum mereka menghina orang Melayu?

Oleh sebab orang Melayu sepatutnya sedar dan berhenti menyokong pemimpin kafir kerana mereka tidak pernah redha terhadap umat Islam dan agama Islam.

Anonymous said...

Anon 10:22pm

Ko pun termasuk dlm balaci sekular totok jugak. Tok guru ko sama berkiblatkan demokrasi sekular dulu, kini dan selamanya..

Lebih teruk parti Islam yg mempermainkan agama dan hukum hudud Allah utk kepentibgan diri dan puak2 sesat mrk.

Bertaubatlah walaun2 yg bersekongkol dgn ulamak penjual agama. Jgn jual nama Islam utk politik kotor. Allah marah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails