Wednesday, November 05, 2008

Kalau Lim Guan Eng Baca Ayat Ini…




Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:

SEORANG bloger menghantar e-mail kepada saya, melampirkan tulisan berjudul ‘Bapa meninggal, saya masuk Islam – Lim Guan Eng’ dari blog http://suaramerdeka.wordpress.com (April29, 2008). Dia meminta komen saya mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulalu Pinang, Lim Guan Eng yang menggemparkan hadirin dengan ucapan beliau ketika turun berceramah, bahawa beliau ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz, Khalifah Islam pada zaman pemerintahan Bani Umaiyah.

Kebetulan pada masa ini saya sedang membaca Al-Qur’an Surah Thaha, Surah ke 20 yang diturunkan di Makkah terdapat 135 ayat dalam juzuk ke 16. Surah yang telah memanggil seorang penting dan berjasa besar kepada Islam dan kemanusiaan, kerana tertarik atau terpesona hanya dengan membaca beberapa ayat di permulaan surah. Beliau adalah Khalifah Islam Ke 2 Umar Al-Khattab, bukan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang disebutkan idola Guan Eng. Waktu itu Umar Al-Khattab masih belum Islam lagi dan amat memusuhi Nabi.

Menurut riwayat Ibnu Ishaq…

‘Sesungguhnya keluarlah Umar dari rumahnya dengan pedang tersentak. Tujuannya ialah hendak mencari Rasulullah dan terus membunuhnya. Di tengah jalan beliau bertemu Na’im bin Abdullah, “Nak ke mana kau, Umar?” Tanya Na’im.

“Aku nak cari Muhammad, orang yang telah belot dari agama nenek-moyang itu. Dia yang memecah-belah Quraisy. Dia yang mencaci berhala, hina agama, memaki tuhan-tuhan mereka, aku cari untuk membunuhnya!” Jawab Umar.

Kata Na’im pula, “Sebenarnya, engkau telah ditipu oleh dirimu sendiri, Umar. Engkau ingat keturunan Abdi Manaf akan biarkan engkau berjalan-jalan rileks di atas muka bumi ini setelah engkau bunuh Muhammad? Lebih baik engkau pulang kepada keluargamu sendiri, urus mereka yang telah lakukan apa yang engkau tidak senangi itu!”

“Keluarga yang mana?” Tanya Umar.

“Suami adik perempuanmu, anak pamanmu sendiri, iaitu Sa’id bin Zaid, dan saudara perempuanmu Fatimah binti Al-Khattab. Keduanya telah masuk Islam, keduanya telah jadi pengikut Muhammad. Pergi urus mereka berdua itu!”

Mendengar itu, Umar kembali ke rumah ipar dan adiknya itu. Sesampai di sana, dijumpai pula seorang lain, iaitu Khabbab bin Al-Aratti. Di tangannya terdapat sehelai kertas catatan surah Thaha yang sedang dibaca kepada kedua suami isteri itu. Selesai mereka mendengar, Umar melihat Khabbab lari bersembunyi ke sebuah bilik atau bahagian lain di rumah itu. Fatimah mengambil kertas catatan itu dan menghimpit di bawah pahanya (cuba sembunyikan). Pada hal sewaktu nak masuk ke perkarangan tadi sudah didengarnya suara Khabbab membaca kepada mereka berdua.

Umar terus masuk, bertanya, “Bacaan apa yang perlahan-lahan aku dengar dari luar tadi?”

“Takde apa-apa.” Jawab dua suami isteri itu.

Umar membantah, “Tentu ada yang kamu baca tadi. Demi Allah, aku dah tahu, kamu berdua telah ikut agama Muhammad.” Dipukul iparnya itu hingga rubuh. Fatimah bangun nak tahan tangan Umar dari pukulan berterusan, tetapi dia pula dipukul hingga tersungkur jatuh.

Melihat sikap Umar itu, akhirnya serentak keduanya berkata, “Memang, kami telah Islam. Kami telah beriman kepada Allah dan Rasulnya. Kau buatlah apa yang kau mahu!”

Melihat darah telah mengalir pada wajah saudara perempuannya, timbullah sesal. Dipegangnya muka adik perempuannya dan berkata, “Berilah padaku kertas catatan yang aku dengar kamu baca tadi. Aku nak tahu apa yang dibawa dan diajarkan Muhammad?” Memang Umar seorang yang pandai menulis membaca.

“Kami bimbang engkau apa-apakan catatan itu!” Jawab saudara perempuannya itu.

“Jangan kau bimbang!” Lalu Umar bersumpah demi dewa-dewa dan berhala seperti yang dia percaya, di mana catatan itu akan diberi balik segera sesudah dibaca. Jawapan yang menimbulkan harapan Fatimah, bahawa abang kandungnya akan masuk Islam.

“Oh saudara kandungku, kau ni masih najis kerana masih musyrik. Sedangkan catatan ini tidak boleh disentuh, kecuali oleh orang-orang yang bersih.” Kata Fatimah.

Umar terus pergi mandi, lepas itu barulah catatan itu diserahkan adiknya. Dibacanya, Thaha! Setelah beberapa ayat, terloncatlah ucapan dari mulutnya, “Alangkah bagusnya perkataan ini dan alangkah mulianya!”

Khabbab yang sedang bersembunyi, bila dengar kata-kata itu terus keluar dan berkata kepada Umar, “Ya Umar. Demi Allah, sesungguhnya besar harapanku Allah telah khaskan engkau akan masuk Islam dengan seruan NabiNya. Semalam ku dengar sendiri Rasulullah berkata. ‘Ya Allah, kukuhkan Islam ini dengan Abi’l Hakam bin Hisyam (gelaran Abu Jahl) atau dengan Umar bin Al-Khattab. Allah. Allah, ya Umar!”

“Khabbab. Tunjuklah kepadaku mana rumah Muhammad sekarang, aku nak temuinya dan menyatakan memeluk Islam.”

Selanjutnya Umar menemui Nabi dan mengucap kalimah syahadah di hadapan beliau.’

Berbalik kepada Guan Eng dalam kenyataannya itu tadi berkata, ketika beliau dipenjarakan dulu, Dato’ Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) adalah antara orang yang kerap mengunjungi beliau. Bahkan Dato’ Fadhil Noor kerap membekalkan buku-buku berkaitan dengan Islam, termasuklah buku mengenai kisah Umar Abdul Aziz. Dari buku-buku tersebutlah Guan Eng mengenali tokoh Islam itu.

Pernah pula Tuan Guru Nik Abdul Aziz Mursyidul Am PAS dengan ikhlas berdoa supaya orang Cina jadi pemimpin penting PAS (Jun3, 2007). Antaranya…

Mudah-mudahan suatu hari nanti orang Cina menjadi pemimpin penting PAS. Orang Cina masuk Islam kerana mereka belajar. Sebaliknya pula orang Melayu masuk Islam kerana tok nenek mereka Islam. Masuk otomatik hanyut begitu sahaja menyebabkan banyak masalah-masalah yang timbul hasil daripada mereka Islam dengan tidak belajar. Orang Cina sekarang semakin ramai. Yang belajar Islam, mereka lebih baik daripada orang Melayu tradisi.

Boleh jadi satu hikmat Allah Taala letak pejabat PAS di tengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Islam. Dalam sejarah Islam, semua kitab-kitab hadith (Sunan Sitar) ada enam buah hadith semuanya dikarang oleh bukan Arab. Begitulah juga pimpinan

Islam di seluruh dunia yang jarang sangat orang Arab memimpin. Yang memimpin adalah orang Parsi, Sepanyol. Turki, India dan lain-lain. Oleh yang demikian apa peliknya kalau pejabat PAS, gerakan Islam ada ditengah-tengah masyarakat yang tidak banyak orang Melayu.”

Begitu juga dengan kenyataan beberapa pemuda Islam Cina seperti Kamal Koh dan rakan-rakannya yang menyertai PAS suatu ketika dulu, mereka memohon pandangan beberapa bekas-bekas tokoh lama DAP mengenai kemasukan mereka… Kata tokoh itu, kalau beliau muda sebaya mereka, beliau juga akan memeluk Islam, kerana untuk menjadi pemimpin tertinggi yang diterima rakyat negara ini mestilah orang Islam, walaupun bukan Melayu.

Mengenai ayat-ayat yang menjadi penyebab Umar Al-Khattab pilih Islam, menurut suatu riwayat Al-Allamah Ali bin Burhanuddin Al-Halabi dalam Siratul Halabiyah, kandungan isinya ialah...

Pertama:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’, bila membaca nama Allah ini, timbul gementar Umar, lalu dilepaskan kertas kulit itu dari tangannya. Kemudian diambil lagi dan dibacanya. ‘Segala apa yang ada di langit dan bumi semuanya membaca tasbih mensucikan Allah, Ialah Maha Gagah Lagi Maha Bijaksana.

Menurut kata Umar sendiri, setiap ia bertemu dengan nama Allah, timbul gentar dalam dirinya, dan ia lemparkan lembaran itu. Kemudian ia insaf kembali dan membaca lambaran itu seterusnya. Kemudian ia baca lagi lagi dan bertemu dengan ayat-ayat yang mengatakan, ‘Percayalah kamu dengan Allah dan RasulNya...’ seterusnya sampai kepada ayat, ‘Jika adalah kamu orang yang percaya adanya...’ ketika itu Umar pun mengatakan...

“Saya mengaku tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah.” Melihat keadaan demikian takbirlah orang-orang berada dalam rumah itu, membesarkan Allah atas nikmatnya yang amat besar, dan menjadi pukulan besar kepada kaum musyrikin.

Kedua:

Ada riwayat lain mengatakan, lembaran yang dibaca Umar dan menginsafkannya itu adalah awal surah Thaha . Dimulai dengan Bismillah, dari ayat 1 hingga ayat 16.

Maka marilah kita sama-sama membaca dan menyelidiki, merenung dan berfikir mengenainya. Bagaimana kalau Lim Guan Eng membaca ayat ini? Beliau pun boleh rujuk tafsir Al-Qur’an. Saya harap dia baca tulisan ini…

Begitulah catatan santai berupa ingatan dan panduan dalam dalam hidup kita, bukan menyindir mana-mana pihak. Wabilahi taufik wal hidayah. Amin!

Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com

Antara tulisan yang ada kaitan dengan Lim Guan Eng ialah:

1...Thursday, May 15, 2008 Guan Eng: PP Hilang Pelabur RM1 Billion Kerana BN...
2... Sunday, August 24, 2008 DAP Perlukan Orang Melayu, Kita kena Sokong?
3… August07, 2008 Guan Eng Tuduh Pembangkang UMNO Kafir?
4… Wednesday, August 13, 2008 Mengapa Guan Eng Pilih Umar, Tidak Muawiyah?
5… Sunday, August 10, 2008 Siapa Guan Eng, Berbanding Umar Abdul Aziz?

15 comments:

Anonymous said...

ini artikel memang bagus.. menerangkan ayat Alquran kapada org ramai agar mereka peroleh hidayah.

Anonymous said...

Re: Kalau Lim Guan Eng Baca Ayat
kalau btul nk masuk islam..... tak payah tunggu bapak dia...
tu sandiwara politik....
kenapa tak dia masuk islam n dakwah bapak dia masuk islam?
apa dia suka kit siang mati dalam kekafiran?

Anonymous said...

Bapa meninggal saya masuk Islam – Lim Guan Eng

Oleh: NEWRULE

Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng baru-baru ini mengemparkan hadirin dengan ucapan beliau ketika turun berceramah dan bertemu rakyat bahawa beliau ingin mengikut jejak langkah Umar Abdul Aziz.

Ramai yang tertanya, adakah Guan Eng kenal siapa dia Umar sebernarnya? Adakah dia main sebut sahaja?

Hadirin yang mengikut ceramah tersebut bagaimanapun tidak berganjak kerana mahukan kepastian dan motif utama ucapan Guan Eng. Sepanjang ucapannya Guan Eng hanya bercerita kisah kehebatan Umar Abdul Aziz.

Kata Guan Eng, Umar tidak ambil sesen pun duit rakyat, Umar memulangkan kembali wang peruntukan kerajaan yang diberi kepadanya, Umar juga memadamkan lampu kerajaan apabila menerima kehadiran anak beliau yang bertujuan urusan peribadi dikediaman beliau dan bermacam lagi yang diperkatan oleh Guan Eng mengenai Umar Abdul Aziz.

Dalam ucapannya Guan Eng menyanjung tinggi Umar Abdul Aziz yang menjadi idolanya. Guan Eng juga berazam akan mengotakan janji beliau kepada rakyat, seperti yang dilakukan oleh Umar Abdul Aziz.

Dalam sesi soal jawab pula, ada hadirin yang bertanya, bagaimana Guan Eng mengetahui kisah Umar Abdul Aziz ini kerana ada di antara orang Islam yang tidak mengenali Umar Abdul Aziz. Guan Eng dalam kenyataannya berkata, ketika beliau dipenjarakan dahulu, Dato’Fadhil Noor (Al Marhum Presiden PAS) antara orang yang kerap mengunjungi beliau dan Dato Fadhil Noor orang yang kerap membekalkan buku-buku berkaitan dengan Islam, ini termasuklah buku mengenai kisah Umar Abdul Aziz. Dari buku tersebutlah Guan Eng mengenali tokoh Islam tersebut.

Dalam pertemuan yang lain pula, sebagai seorang Ketua Menteri, sudah tentu Guan Eng diberi kediaman rasmi, tetapi beliau tidak mendiami rumah rasmi tersebut, dan beliau masih menumpang di rumah bapanya, Lim Kit Siang.

Apabila ditanya Mat Sabu, mengapa Guan Eng tidak menerima kediaman rasmi Ketua Menteri tersebut, Guan Eng berkata, untuk tinggal di rumah tersebut, ia perlu di ubahsuai, dan kos pengubahsuaian itu menelan belanja RM 300,000.00. Guan Eng berkata beliau tidak sanggup membazirkan duit rakyat untuk mengubahsuai kediaman Ketuan Menteri tersebut.

Mat Sabu turut memesan kepada Guan Eng, bahawa Guan Eng boleh menjadi seperti Umar Abdul Aziz, tetapi Guan Eng bukan beragama Islam seperti Umar Abdul Aziz dan “bagaimana awak (Guan Eng) mahu mengatasi kekurangan ini”?

Jawapan yang di beri Guan Eng, “ Tunggu ayah saya meninggal dulu”..

Apakah kenyataan ini ikhlas dari hati Guan Eng? Jika ia benar-benar ikhlas, ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada Karpal Singh dan juga bapanya Lim Kit Siang.

Jika niat Guan Eng itu benar, kita sama-samalah doakan agar hajatnya itu dimakbulkan Allah S.W.T

Adakah tindakan Guan Eng bakal dipersetujui oleh pengikut beliau yang bukan beragama Islam?

April 29, 2008
Kategori: POLITIK . . Pengarang: suaramerdeka

Anonymous said...

Bro.. itu cakap orang yang baru berniat untuk beriman.. dan ilmu tauhidnya masih rendah.. imannya terhadap syurga dan neraka pun masih sedikit... maka sudah pastilah dia tidak memikirkan tentang bapanya yang bakal disiksa dalam api neraka... lainlah kita yg banyak tahu tentang syurga dan neraka... tapi masih lemah usaha untuk menjauhkan diri dari api nerkan kan?

Anonymous said...

Semoga blogger yg berkenaan hentikan fitnah mengfitnah ni.
Dia pernah kata nak tadbir ikut Khalifah Umar tapi
tak pernah pon sebut pasal memeluk Islam. Kalau betul ada sila copy paste sumber sumbernya di sini.. setakat fiksyen blogger tu, lupakanlah.

Anonymous said...

Doa supaya Allah bagi hidayat untuk dia dan semua oarang seluruh dunia.... dan jangan lupa doa hidayah untuk diri sendiri mintak Allah pelihara diri kita dalam iman dan amal islam....

Umar nak bunuh Nabi Allah boleh bagi Hidayat.... ini kan pula orang yang nak kan islam jadi contoh...

Doa Doa Doa.......

Anonymous said...

Jadi,
betul ke cino ni betul2 nak masuk Islam,atau mainan politik.aku dah x caya semua cite cam ni.xkan nak tunggu bapak mati baru masuk Islam.sanggupkah anak tengok keluarga masuk neraka??

Anonymous said...

dah melayu tak mahu islam,,maka kaum lagi yg ugama islam akan jd PM malaysia nantii..melayu ceroi dan sekular sepanjang zaman kecuali jemaah PAS...

Anonymous said...

Ramai orang memandang sinis artikel nie...x ambil manfaat ke dr ayat2 di atas, seharusnya kita berdoa moga2 ramai yang memeluk ISLAM dan boleh memertabatkan islam....jgn menilai berapa byk yang dibuat, tetapi berapa banyak yang kita usahakan......

Anonymous said...

http://www.therion-grass.blogspot.com
memperlekehkan niat org nak masuk Islam... sedarlah bagi yang berbuat begitu... tanpa sedar kamu juga memperlekehkan usaha Almarhum Al-Fadhil Ustz Fadhil Nor dalam berdakwah... usaha Tuan Guru Haji Nik Aziz berdakwah... kamu yang memperlekehkan isu ini... buat apa untuk Islam...? walaupun LGE bangsa Cina, jika sahsiahnya elok, patut kita yang kena segan dan cermin diri kita... dalam artikel ini secara tersiratnya, membuat para pembaca sepatutnya mmerenung kembali jalan Amirul-amirul mukminin yang telah mereka tempuh... perjuangan dakwah mereka... rasa takut pada Allah... kebesaran yang Allah tunjukkan.... sedarlah... hidayah Allah boleh diterima sesiapa sahaja yang Allah mahu... artikel nie mahu kita muhasabah diri kita... langsung bukan perkara mustahil jika KM Penang manganut Islam satu hari nanti.. Allahuakhbar!!!

Anonymous said...

AKU ULANG LAGI SKALI,INI SUME HELAH POLITIK,KORANG YEYE BERTUMBUK SIAP MAKI2,AKU TENGOK DORANG RELAKS JE,SIAP SALAM SEMBANG2 LAGI. KORANG NI JE YANG LEBIH2.POLITIK XKEMANA,JANGAN SEBAB POLITIK KORANG JADI LEMBU,KENA TARIK IKUT JE TUAN.XKIRA LA TUAN ISLAM KE KAPIR.KAPI NI BARU CAKAP NAK MASUK ISLAM TAPI KENA TUNGGU BAPAK DIE MATI BARU DIE NAK MASUK.BOLE PERCAYA KE.ORANG KAMPUNG YE LA SOKONG CINA NI.XKAN DIE NAK BIAR BAPAK DIE KAPIR MASUK NERAKA,ANAK JENIS APE CINO NI.MEMANG XGUNA SAPE SOKONG DIE NI. IKUT PIMPINAN KHALIFAH KONON.MAKAN BABI.KHALIFAH APE MAKAN BABI??KALO NAK SANGAT IKUT PIMPINAN KHALIFAH UMAR BUAT LA 100%,BUKAN TIRU SIKIT2.AKU XKAN PERCAYA CAKAP CINO NI NGAN BAPAK DIE.

Anonymous said...

Ann Wan Seng pernah ditanya kena tak masuk Islam sedangkan ilmu Islamnya setaraf ustaz, maka dia pun jawab "Belum dapat hidayah" (dikisahkan oleh al-Fadhil Ustaz Shamsuri dalam kaset kuliahnya dan kini Ann Wan Seng dah ada Bin Abdullah pada ICnya). Maknanya, bukan Islam belum faham berkaitan Islam sepenuhnya & Lim Guan Eng pun sama. Soalnya mereka belum terima hidayah walaupun ada keinginan. Kenyataan beliau tentang masuk Islam tu saya dengar dari satu ceramah di mana kata-kata tu beliau ungkapkan ketika Mat Sabu tanya kenapa dia tak mau masuk Islam.

Orang Cina masih letakkan ibubapa sebagai satu penghormatan yang tinggi, berbanding sesetengah orang Islam sendiri. Kawan saya berbangsa cina berkahwing dengan isteri Kristian tetapi tak masuk kristian hinggalah ibunya meninggal dunia nanti. Bahkan ada mualafyang mengetuai pengebumian ibubapa mereka sebagai satu adat istiadat budaya dan penghormatan tinggi mereka kepada ibubapa.

Soalnya kita orang Islam bukan patut maki hamun mereka ni walau apapun niat hati mereka sebab kita bukan ada kuasa ajaib boleh baca isi hati orang. Suatu hari nanti mungkin mereka masuk Islam dan dosa mereka jadi 0 tapi kita yang Islam ni hanya dok sambung dosa mengata orang yang tak sudah. Allah lebih mengetahui. Takutlah kepada Allah. Ini bukan mesej politik dan kalau tak suka mesej politik jangan masuk TKO ni. Pi masuk ICQ sembang tentang pasukan bola atau awek kampung sebelah.

al-brangi Online said...

InsyAllah akan mendapat hidayat satu hari nanti.

Terima kasih kerana sudi 'surf' ke blog saya yang baru berusia dua bulan.

Anonymous said...

Menunggu Guan Eng masuk Islam


" Saya kebetulan mengunjungi seorang sahabat Cina Islam yang dah lama masuk Islam. Bapanya juga demikian. Bahkan bapanya seorang yang aktif dalam sebuah NGO saudara baru.

Beliau bertanyakan pandangan saya jika beliau dan bapanya menemui Guan Eng untuk memperkenalkan Islam kepadanya. Sahabat saya ini kurang mengenali Guan Eng dan latarbelakangnya.


Saya beritahu beliau tentang berita yang pernah saya baca tentang Guan Eng. Pernah di ISA bersama Mat Sabu dalam kes anak gadis Melayu. Hidup sederhana walaupun dah jadi Ketua Menteri. Nak ikut Umar bin Abdul Aziz dan nak ikut 'amar makruf nahi mungkar'.

Saya tak pernah bertemu atau mengenali Lim Guan Eng. Tetapi kalau benar semua berita yang disebutkan itu, ia adalah satu petunjuk yang sangat baik bagi seorang pemimpin DAP. DAP yang dilihat 'anti-Islam' sejak sekian lama tidak mustahil boleh bertukar jika hidayah masuk dalam hati mereka. Apa gunanya pemimpin Melayu jika tolak Islam?

Saya beritahu kepadanya, kalau benar keinginan untuk bertemu itu, maka ia peluang paling baik menjemput Guan Eng masuk Islam. Beliau sudah kenal pemimpin PAS. Beliau boleh iktiraf Umar b Abdul Aziz. Beliau tahu 'amar makruf nahi mungkar'. Maka tentu lebih mudah untuk beliau diajak kepada Islam.

Mungkin halangannya ialah bapanya, Lim Kit Siang. Tapi saya beritahu kepada sahabat saya itu bahawa kalau saudara bertemu Guang Eng, katakan kepadanya bahawa Islam tidak perlu menunggu kebenaran bapa untuk mendapat hidayah. Masuk Islam bererti bukan sahaja selamat di dunia, dapat menjalankan 'amar makruf nahi mugkar', boleh ikut Umar b Abdul Aziz, bahkan selamat di Akhirat dari azab Allah.

Kalau Guan Eng masuk Islam, ia satu tamparan besar kepada UMNO. Sekali lagi tidak mustahil ramai Cina bukan Islam akan mendekati Islam. Dan tidak pelik jika Allah tukarkan pemegang payung Islam di Malaysia nanti ialah kaum Cina setelah Melayu berbondong-bondong meninggalkan Islam.

Saya katakan kepadanya: Nabi menyebut kepada Saidina Ali: "Allah memberi hidayah kepada seseorang dengan sebab engkau adalah lebih baik dari seekor unta merah."

Beliau bertanya: Unta merah?

Saya jawab: Harta yang bernilai buat orang Arab.

Katanya: Ooh! macam ferrarilah!

Kami ketawa bersama.

Tetapi ketawa bukannya sebarang ketawa, bukan ketawa Raja Lawak, bukan ketawa kosong di kedai kopi, tetapi ketawa yang tidak mustahil menatijahkan sesuatu yang besar, insyaAllah.

Anonymous said...

mmg bodoh spe yg sokong kafir harbi tu... prangai mngalahkn yahudi pon ad lg org islam yg jahil nk sokong die!! sedar la penang tu ad rmai yahudi yg smbunyi.... kalo bute lg x tau r....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails