Wednesday, August 11, 2010

Propaganda Terdesak: AS Potong Hidung & Telinga Wanita..

ANGKARA SIAPA...gambar Aisha yang didakwa didera kerana meninggalkan rumah suaminya menjadi penghias muka depan majalah Time edisi terbaru.
Gambar Aisha yang didakwa didera kerana meninggalkan rumah suaminya menjadi penghias muka depan majalah Time edisi terbaru.


Rakyat Pakistan menolak AS, apalagi Afghanistan. Kerana itu maka TIME ditunggang?

WASHINGTON AUGUST11 10: Taliban mendakwa, Amerika Syarikat kini terdesak kerana menggunakan imej wanita cacat sebagai bahan propaganda mereka di muka depan majalah Time, serta menafikan bertanggungjawab menyebabkan kecederaan terbabit.

Mengulas paparan itu, Taliban berkata, Time berbohong apabila menuduh kumpulan itu memotong hidung dan telinga wanita terbabit, dikenali sebagai Aisha, 18 selepas melarikan diri daripada keluarga iparnya yang kejam di selatan wilayah Uruzgan, tahun lalu.

“Propaganda terdesak digunakan Time menunjukkan kepada dunia bagaimana media antarabangsa akan melakukan apa saja bagi memuaskan hati AS, walaupun ia bercanggah dengan integriti kewartawanan,” kata jurucakap Taliban, semalam.

Agensi pemantau bebas AS, SITE, berkata kenyataan berbahasa Inggeris itu dikeluarkan di laman web Taliban pada Sabtu lalu. Pertubuhan itu juga merujuk diri mereka sendiri sebagai Kerajaan Islam Afghanistan. Kenyataan sama mendakwa AS sengaja ‘menerbitkan pembohongan itu bagi mengalih perhatian orang ramai’ daripada aib yang mereka alami di Afghanistan ketika ini.

“Gambar diterbitkan Time dan cerita tidak bertamadunnya yang sengaja dikaitkan dengan kerajaan Islam bukan saja palsu, malah menyalahi moral dan etika kewartawanan profesional.

“Ramai wartawan di seluruh dunia mengecam tindakan Time dan menganggap ia adalah jenayah kewartawanan,” kata kenyataan itu.

“Berhubung cerita mengenai Aisha, Kerajaan Islam Afghanistan mengecam tindakan tidak bertamadun, tanpa perikemanusiaan dan bercanggah dengan Islam itu.

“Kes itu tidak pernah dirujuk ke mana-mana mahkamah di Afghanistan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, memotong telinga dan hidung manusia - sama ada hidup atau mati - dilarang dalam Islam.

"Kami menyeru Time dan media Barat lain supaya berhenti menghina prinsip moral mereka semata-mata untuk mengalih perhatian ramai daripada kekalahan tentera AS.

“Kami juga meminta media Afghanistan berhenti menyebarkan penipuan media Barat dengan menjadi penterjemah,” kata kenyataan itu. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apa hendak hairan, lebih daripada itu AS sanggup buat. Lihat di Irak, Palestin, Guatanamo dan lain-lain. Di Pakistan sendiri, meskipun million dolar bantuan dari Washington tetapi rakyatnya tetap menolak AS.

Menurut Pew Research Center (Julai 30 10) sebahagian besar warga Pakistan melihat AS dengan penuh curiga, sokongan untuk AS terlibat dalam perang melawan ekstremis telah menurun, dan hampir 2/3 warga Pakistan ingin pasukan AS keluar dari negara tetangga mereka Afghanistan. Pakistan adalah negera terendah di antara 22 negara yang masuk dalam Pew Global Attitudes Survey 2010 terhadap 2,000 warga Pakistan yang diambil antara 13-28 April.

Hasilnya, 59% responden menggambarkan AS sebagai musuh. 17 % berpandangan AS menguntungkan dan hanya 11% AS adalah partner. Hanya 8% percaya Presiden AS Barack Obama boleh lakukan 'hal yang benar' di dunia. Dari peringkat terendah survei 22 negara tersebut, hanya 20% percaya 'menguntungkan'. Kebanyakan warga Pakistan juga menentang penglibatan AS di Afghanistan, 65% mengatakan pasukan AS dan NATO perlu ditarik segera.

Amat sedikit yang percaya Taliban dan al-Qaidah merupakan ancaman kepada negara mereka. Hanya 25% percaya 'buruk bagi Pakistan jika Taliban kembali mengambil alih Afghanistan', sementara 18% berfikir sebaliknya dan 57% mengatakan 'hal itu itu tiada masalah.'

Mungkin menyedari hal inilah, Time ditunggang AS.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails