Friday, August 13, 2010

Tahniah Kosmo! Bongkar Lagi Harga Ayam!


Yusoff (kiri) melakukan tinjauan di salah sebuah gerai menjual ayam di Pasar Besar Alor Setar semalam.

Kosmo! Online: Pengguna terus menjadi mangsa

ALOR STAR OGOS 13 10: Tiga persatuan pengguna bukan sahaja bercanggah pendapat mengenai punca kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM7.50 sekilogram ketika ini malah memberikan cadangan berbeza bagi mengatasi masalah tersebut.

Bagi Persatuan Pengguna Kedah (Cake), kerajaan perlu memberi insentif makanan ayam kepada penternak bagi mengelak harga ayam di pasaran melonjak pada bulan Ramadan.

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat di Pasar Besar Alor Setar di sini, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam apabila pemborong dan penternak menaikkan harga bekalan dari RM4.30 sekilogram kepada RM5 sekilogram.

Beliau difahamkan, kenaikan harga ayam itu berpunca daripada harga makanan ayam yang mahal dan harga anak ayam yang juga tinggi sekaligus membebankan penternak.

"Sebab itulah saya cadangkan agar kerajaan dapat memberi insentif kepada penternak ayam," katanya kepada pemberita selepas membuat tinjauan di Pasar Besar di sini semalam.

Kosmo! semalam mendedahkan kenaikan harga ayam pada minggu pertama Ramadan berlaku lagi dengan pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap sekilogram ayam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tahniah Kosmo! Bongkar lagi harga ayam, demi kesejahteraan rakyat.

Untuk penerangan lanjut baca ini..

3 comments:

ahmed said...

Tiga persatuan pengguna bukan sahaja bercanggah pendapat mengenai punca kenaikan harga ayam sehingga mencecah RM7.50 sekilogram ketika ini malah memberikan cadangan berbeza bagi mengatasi masalah tersebut.

ali said...

Kosmo! semalam mendedahkan kenaikan harga ayam pada minggu pertama Ramadan berlaku lagi dengan pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap sekilogram ayam.

zaid said...

Presidennya, Datuk Yusoff Ismail berkata, berdasarkan tinjauan yang dibuat di Pasar Besar Alor Setar di sini, peniaga tidak mempunyai pilihan selain menaikkan harga ayam apabila pemborong dan penternak menaikkan harga bekalan dari RM4.30 sekilogram kepada RM5 sekilogram.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails