Saturday, August 14, 2010

Insurans Balik Raya RM6, RM20.

Chon Ming (dua dari kiri) menyerahkan skim Insurans Pos Raya kepada Mearia pada majlis pelancaran skim itu di Kuala Lumpur semalam.

KL OGOS 14 10:Kira-kira 6 juta umat Islam yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berpeluang mendapat perlindungan insurans.

Skim yang disediakan oleh Insurans Pos Raya pada harga cuma RM6 dan RM20 itu memberi perlindungan bermula tiga hari sebelum hari raya sehingga 10 hari selepas itu.

Ketua Pegawai Operasi PosNiaga Pos Malaysia, Datuk Mearia Hamzah berkata, skim khas dengan kerjasama Malaysia Assurance Alliance Berhad (MAA Assurance) itu bertujuan melindungi orang ramai daripada pelbagai risiko kemalangan sepanjang musim perayaan.

Menurut beliau, bagi individu, mereka dikenakan bayaran sebanyak RM6 dengan perlindungan kematian dan hilang upaya kekal sehingga RM20,000 manakala premium RM20 bagi keluarga dengan perlindungan sehingga RM100,000 tanpa had bilangan ahli keluarga.

“Melalui insurans ini pembeli tidak perlu melalui pemeriksaan kesihatan dan pemegang polisi juga boleh mendapat ganti rugi RM100 sekiranya kad pengenalan, pasport dan lesen memandu hilang.

“Skim ini boleh dimiliki di lebih 700 cawangan Pos Malaysia seluruh negara bermula 16 Ogos hingga 21 September,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir ialah Presiden Ketua Bahagian MAA Assurance, Sin Chon Ming.

Beliau berkata, skim insurans itu turut terbuka kepada semua kaum dan agama termasuk penduduk tetap dan pekerja asing yang berusia di antara 16 hingga 69 tahun. (Kosmo! Online/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails