Friday, August 13, 2010

Pakistan: Sambut Puasa Dalam Banjir

Mangsa banjir Pakistan tabah berpuasa

ISLAMABAD OGOS 13 10: Jutaan mangsa banjir di Pakistan menyambut ketibaan Ramadan semalam dengan tidak menerima bekalan air bersih dan makanan apabila banyak hasil pertanian musnah akibat bencana terburuk dalam sejarah negara itu.

Keadaan bertambah buruk setelah kebanyakan jalan raya dan jambatan rosak teruk menyebabkan harga barangan naik tiga kali ganda di beberapa wilayah sehingga menyukarkan 14 juta mangsa banjir meneruskan kehidupan.

"Sama ada Ramadan atau tidak, kami sudah kelaparan sehingga terpaksa berpuasa seharian," kata seorang mangsa, Mai Hakeema, 50, yang duduk bersama suami di sebuah khemah di pinggir bandar Sukkur dekat sini.

Penderitaan mangsa turut mendapat perhatian Mufti Pakistan, Muneebur Rehman yang menyatakan kelonggaran berpuasa dibenarkan namun ia perlu diganti semula selepas Ramadan berakhir. - AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails