Sunday, August 15, 2010

Mengapa Lubnan Larang Filem Iran & Kaitan Dg M'sia.

CATATAN SANTAI

Filem Iran 'Jesus, the Spirit of God' di larang di Lubnan.

BILA saya lihat berita hari ini, "Dua stasyen tv Syi'ah di Lubnan membatalkan program kontroversi tv tentang Jesus, pada Jumaat semalam supaya tidak timbul konflik di negara tersebut." Iaitu, program tv 17-episode, yang diproduk di Iran itu, menggambarkan Jesus dari sudut pandang Islam. Umat Islam percaya bahawa Jesus adalah seorang nabi dan guru, tetapi bukan anak Tuhan.

Teringat saya sewaktu berada di Iran tahun lepas, kami sedang menonton tv Iran. Ada sebuah filem ditayangkan di dunia luar Iran yang menyalahi dari sudut pandang agama Islam, terutama dari barat, maka pihak di Iran akan cepat-cepat buat balik filem tersebut dari kaca mata Islam. Itu yang pada saya tidak berlaku kepada negara orang Islam lain di dunia. Itu hebatnya Iran, filem lawan filem.

Itu sebabnya, sewaktu saya berjalan-jalan di kota Tehran, panggung-panggung wayang hidup begitu banyak, dan kedai-kedai vcd berkembang pesat. Saya lihat filem-filemnya agak canggih dan pengluarannya agak cepat berlawan dengan filem-filem barat yang merosakkan pemikiran masyarakat Iran. Walaupun banyak filem-filem luar dilarang, tetapi pengisian kekosongan penonton-penontonya dapat di atasi segera. Begitu juga di tv-tv mereka.

Contohnya seperti filem yang akan dieksport ke Lubnan di atas. Saya kira, itulah filem yang saya tonton hari itu di rumah kawan saya di Tehran. Filem “Jesus, the Spirit of God” atau Jesus, Roh Tuhan. Misi filem ini adalah menjawab gambaran tentang Jesus sebagaimana ditampilkan dalam filem blockbuster keluaran Hollywood 'The Passion of the Christ' yang diarahkan oleh aktor Mel Gibson pada 2004.

Menurut Nader Talebadzeh pengarah filem Iran itu, filem Gibson memang mengagumkan tetapi terdapat kesalahan di dalamnya. "..Tapi, cerita yang terkandung di dalamnya salah. Ceritanya tidak seperti itu," ujarnya.

Nader menyatakan dia sempat berkunjung ke rumah mewah Gibson di Malibu, Negari California AS, untuk tunjuk filem garapannya, berdiskusi dengan Gibson. Tetapi gagal. "Saya ingin menghubungkan perbedaan antara dua agama besar itu. Saya terbuka untuk berdialog mengenai filem tersebut, persamaan dasar antara Islam dengan Kristian" lanjut Nader yang terkenal sebagai pengarah filem-filem dokumenteri, mengangkat tema perang Iran-Iraq pada 1980-1988.

Filem-filem begitu sangat berpengaruh pada masa pasca cinema revolusioner. Dia juga gemar membuat filem bergenre thriller dan romantis. Filem-filemnya pun berjaya merebut perhatian penonton di negara republik Islam tersebut. Di Iran, penganut Nasrani 10% dari jumlah penduduk. Sebahagian besar di antara mereka adalah etnik Armenia. Pernah Ahmadinejad Presiden Iran pada hari Natal beberapa tahun lepas berpesan, "Perdamaian, persahabatan, dan keadilan akan wujud dengan ajaran Jesus yang tersebar di seluruh dunia."

Baik. Berbalik kita kepada dua stasyen tv Syi'ah di Lubnan yang membatalkan program kontroversi tv tentang Jesus pada bulan Ramadhan itu. Lubnan, sebuah negara bangsa Arab, dari 4 juta penduduk mempunyai sejarah suram tentang perselisihan kaum, lebih kurang Malaysia juga. Cuma populasi negara dibahagi ke dalam 18 sekte, termasuk Sunni dan Syi'ah, Kristen dan Druze.

Stasiun TV Al-Manar, dan National Broadcasting Network (NBN), keduanya dikelola oleh Hizbullah pro Iran, mulai menayangkan program minggu ini di awal bulan suci Ramadhan. Pendeta Kristian dan ahli politiknya membantah kerana menurut mereka boleh membahayakan hidup berdampingan secara nasional.

"Acara ini tidak menunjukkan rasa hormat kepada Jesus, gereja dan Kristian," kata Pendita Agung Katolik Maronit Bechara al-Rai kepada wartawan Jumaat semalam. Al-Rai meminta siri tv itu dilarang kerana "menolak keyakinan dasar agama Kristian." Umat Kristian percaya bahawa Jesus adalah anak Tuhan, mati disalib sebelum bangkit dan naik ke syurga.

Umat Muslim pula percaya Jesud Kristus, atau 'Nabi Isa' diangkat ke langit semasa masih hidup, sebuah pengertian yang dijelaskan dalam siri tersebut. "Dalam Quran itu banyakdisebut tentang Jesus, berkali-kali, dan tentang Maria beberapa kali lebih banyak," kata direktur Nader Nader dalam sebuah wawancara CNN pada tahun 2008, semasa filem itu dipromosikan.

"Tapi dia tidak pernah mengaku sebagai anakTuhan, dia adalah seorang nabi, dan juga dia tidak mati disalib, orang lain disalibkan di tempatnya," tambahnya. Nader juga menunjukkan bahawa Judas Iskariot yang disalibkan bukan Jesus.

NBN dan Al-Manar, melalui jurucakap Syi'ah Nabih Berri membuat laporan mengatakan filem ini tidak ditayangkan kepada sekte-sekte lain di Lubnan. Pernyataan itu juga menambahkan bahawa program ini "menunjukkan keperibadian yang besar nabi Allah Isa putera Maryam."

Namun Menteri Informasi Tarek Mitri mengatakan walaupun ia menentang sensor, dia setuju dengan pembatalan itu kerana keragaman agama di Lubnan. "Ada kes khas di Lubnan megenai pertemuan dialog orang Kristen dan Muslim." kata Mitri.

Setelah Lubnan memperoleh kemerdekaan dari Perancis pada tahun 1943, umat Kristian telah mendominasi negara itu, sedangkan di negara-negara orang Islam lain, filem-filem yang mengelirukan pegangan Islam masih terus dibiarkan berleluasa. Itulah toleransi umat Islam, yang orang lain masih tidak mahu faham, dan masih menyalahkan pemerintah orang Islam. Sepatutnya, di negara bukan Islam pun perkara-perkara yang mengelirukan perlu dijelaskan dengan perundingan bersama.

Di Malaysia sepatutnya, filem-filem yang akan ditayangkan perlu dipantau oleh bahagian pelbagai agama-agama, supaya dapat menjamin tidak menimbulkan masalah sosial yang merosakkan masyarakat, perpaduan, merencatkan pembangunan insan dan negara. Filem-filem tempatan juga perlu dipantau supaya tidak menjadi musuh dalam selimut yang menikam agama dan negara dari dalam, seperti filem-filem tahyul, seks dan sebagainya.

Sekian. As-salamu 'alaikum.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos14, 10

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

1 comment:

Anonymous said...

Asalamualaikum dan Ramadhan Kareem.
filem seperti ini perlu ditonton oleh mereka dalam bidang Aqidah dan Usuluddin agar mereka dapat menilai dan membandingkan maklumat yang disampaikan.
Tanpa sumber seperti ini sumber perbicangan dan peluang untuk meningkatkan keimanan itu juga akan terhad kepada apa yang didengar seamsa ceramah.
Sebagaimana semua maklum, tidak banyak perbincangan atau ceramah Ustaz di Lembah Kelang ini mengaitkan kerasulan Nabi Isa AS dalam mana-mana ceramah.
Saya mencadangkan agar Tuan Ibnu Hasyim dapat menganjurkan forum ini semasa ramai umat Kuala Lumpur ii bercuti hujung tahun a.k.a. cuti Hari Natal.
Lebih menarik, kalau filem ini juga ditayangkan secara movie clips.
Mungkin kita boleh mulakan dengan meminta Faisal Tehrani, seorang peminat Iran memerikan pandangan beliau.
Wallahu Alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails