Monday, August 16, 2010

Dinar: Ibnu Hasyim Sokong Kenyataan Pemuda K'tan.

By ASYOK KUMAR
Ibnu Hasyim bersama Ustaz Abdul Latif Ketua Pemuda PAS Kelantan di negara China..


Ibnu Hasyim bersama Prof Dr Omar Vadillo CEO Kelantan Golden Trade semasa memberi penerangan mengenai Dinar Kelantan di Aceh.

KL16 Ogos 10: BLOG Ibnu Hasyim menyokong kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, dalam kenyataannya memberitahu, Tun Mahathir telah menyokong penggunaan Dinar dan Dirham sewaktu merasmikan syiling kijang emas pada tahun 2001 lalu. Abdul Latif kesal dengan sikap dua pemimpin Umno Kelantan yang menentang penggunaan Dinar dan Dirham dalam urusan jual beli seumpama membelakangkan sokongan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed yang telah menyokong sistem itu.

Sikap mereka, iaitu Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussein, yang juga turut dilihat sebagai menelan ‘ludah’ bekas presidennya yang telah menyokong penggunaan mata wang tersebut itu. Abdul Latif juga mengingatkan kepada kedua-dua pemimpin Umno ini supaya bercakap untuk kepentingan rakyat Kelantan dan bukannya untuk kepentingan politik Umno semata-mata.

Editor Blog tersebut Dr Hj Mohd Hasyim, melahirkan sokongan, "Saya terkejut kerana orang negeri Serambi Mekah sendiri tak sokong kebaikan yang dibuat negerinya demi rakyatnya, sedangkan kami orang luar Kelantan termasuk Dr Mahathir terus menyokong demi kepentingan umat Islam seluruhnya." kata Hj Mohd yang turut menyertai majlis penerangan Dinar Kelantan ke negara China dan Aceh bulan lalu.

Blog Ibnu Hasyim mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah berjaya melancarkan mata wang syariah emas dinar dan perak dirham pada 12 Ogos yang lalu.

"Tahniah Kelantan telah menempa sejarah baru negerinya!" Jelas Hj Mohd. "Di samping menjulang kejayaan besar kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan ulama di dalam meneroka usaha-usaha membebaskan masyarakat dari cengkaman ekonomi kapitalis, bahkan mula menyerlahkan pemimpinnya Datuk Husam Musa Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, keperingkat antarabangsa." kata beliau yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.

2 comments:

dokpikiaq said...

saya harap,tuan ibnu hasyim boleh terangkan apa itu dinar dirham yg sebenarnya...kerana saya sndiri blom pasti,apa itu dinar dan dirham... syukran..

Ibnu Hasyim said...

T.asih. Sla lihat artikal 'Perkenal Dinar K'tan Kpd Gabenor Negeri Xinjiang. Klik di bawah artikal ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails