Tuesday, August 17, 2010

BlackBerry ‘berlembut’, Beri Pihak India Akses

NEW DELHI, 17 Ogos 10: Research In Motion (RIM) memberi pihak berkuasa India jaminan akses yang terhad buat peringkat awal ke atas perkhidmatan ‘Messenger’ menjelang 1 September dan akan mengadakan perundingan minggu ini, kata sumber kerajaan semalam.

RIM telah diberi masa sehingga 31 Ogos ini untuk memberikan akses kepada pihak berkuasa India menghalusi kandungan emel dan teks mesej segera yang dihantar menerusi BlackBerry.

“Mereka memberi akses sebahagian ke atas perkhidmatan ‘Messenger’ menjelang 1 September ini dan bersetuju untuk menyediakan akses penuh menjelang akhir tahun,” kata sumber kerajaan.

New Delhi berkata ia akan menamatkan perkhidmatan RIM jika tidak memenuhi syarat-syarat yang dikenakan, sekali gus mengancam pasaran produk syarikat itu. — Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails