Monday, August 16, 2010

Abu Bakar Ba'asyir: Tahan 180 Hari Lagi.. Sholat & Baca Quran


Inikah ulama Radikal?
JAKARTA, 16 Ogos 10: Polis kebangsaan Indonesia telah mela
njutkan tahanan terhadap ulama radikal negara itu, Abu Bakar Bashir selama 40 hari lagi, tindakan yang turut mencetuskan bantahan di kalangan barisan peguam beliau.

Abu Bakar ditahan oleh polis Indonesia Isnin lalu di Banjar, Jawa Barat atas dakwaan terlibat dalam kem latihan kumpulan militan di Aceh. Polis Indonesia mendakwa mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Abu Bakar berhubung aktiviti pengganas, yang boleh membawa hukuman mati.

Penahanan tokoh agama berusia 71 tahun itu, yang menurut polis Indonesia merupakan ketua rangkaian Al-Qaeda di Indonesia, dibuat susulan siri serbuan dan penangkapan beberapa anggota kumpulan militan berpangkalan di Aceh, yang merancang untuk menggulingkan kerajaan bagi membentuk negara Islam.

Polis mendakwa Abu Bakar memainkan peranan penting dalam kerja-kerja perancangan kem latihan militan di Aceh Barat yang dikesan awal tahun ini. Undang-undang Indonesia memberi peruntukan untuk menahan seseorang sehingga 40 hari jika polis tidak mendakwa suspek pada hari ketujuh selepas ditahan.

Sekiranya pihak polis masih tidak mendakwa menjelang hari ke-40, mereka boleh mendapatkan kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk melanjutkan tahanan sehingga maksimum 180 hari.

“Kami mempersoalkan keperluan polis untuk melanjutkan tahanan beliau memandangkan kami kekal dengan pendirian dari awal bahawa polis telah mereka kes ini,” kata Mahendradatta, penyelaras Pasukan Peguam Muslim yang membantu Abu Bakar.

Pembantu peribadi Abu Bakar, Hasyim Abdullah memberitahu Jakarta Globe bahawa ulama yang ditahan di ibu pejabat polis kebangsaan di sini menghabiskan masanya dengan bersolat dan membaca al-Quran. Hasyim membawa makanan dan bekalan lain untuk kegunaan Abu Bakar setiap hari, sebagaimana dia lakukan ketika ulama itu ditahan dari 2003 hingga 2006.

Katanya, Abu Bakar juga memutuskan untuk tidak mengambil makanan disediakan oleh pihak polis.

“Beliau mengambil berat soal keselamatan dan tidak mahu diracuni,” kata Hasyim sambil menambah, Abu Bakar mengambil minuman yang disediakan polis tetapi dipanaskan agar tidak dicemari.

“Ia juga berkaitan dengan kesihatannya dan lebih suka berbuat demikian,” katanya lagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Masih ada peluang peguam beliau membantah. Kalau ISA di Malaysia lebih zalim lagi, tidak boleh peguam campur tangan.

1 comment:

Pak Oncu said...

Gua sokong umar bashir kena tahan,,,,,,,,,,,, kat mesia dia juga yg menyebar kan fahaman nya di KOLOPILAH ,,,,,, !!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails