Wednesday, August 18, 2010

Kristian Juga Berhak Guna SACC -Khalid Samad


SHAH ALAM, 18 Ogos 10: Masyarakat Kristian mempunyai hak untuk menggunakan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), yang terletak di tengah-tengah bandar raya Shah Alam. Demikian kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Penganjuran program sedemikian (oleh golongan Kristian) di SACC tidak harus menjadi satu masalah selagi ia terhad kepada masyarakat bukan Islam, dan tidak dibuka kepada umat Islam, katanya lagi. Malah kata Khalid, umat Islam juga cukup matang dan berjiwa kental dalam mempertahankan iman dan sama sekali tidak akan terancam dengan program sedemikian. Menurut laporan The Malaysian Insider hari ini.

Beliau mengulas mengenai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu terbesar, berusia dua tahun, kelihatan lantang dan ke hadapan dalam memberi amaran kepada mereka yang mempersoalkan dasar-dasar afirmatif Bumiputera. Kumpulan itu membuat laporan polis terhadap sebuah gereja di Shah Alam yang bercadang mengadakan pementasan di sebuah pusat serba guna ramai di ibu negeri Selangor. Bagaimanapun gereja itu telah membatalkan program mereka sebelum aduan polis Perkasa atas alasan cuti panjang awal bulan depan.

“Saya bimbang dengan keseluruhan strateginya, yang BN gunakan sekarang, menjelang pilihan raya umum akan datang dan (saya khuatir) ia mungkin akan mengadakan (semula) Operasi Lalang,” kata wakil rakyat PAS itu kepada The Malaysian Insider.

Khalid mengulas langkah Perkasa yang membuat aduan polis terhadap Gereja Grace Shah Alam dan pastornya dengan membandingkan tindakan di bawah ISA pada 1987 yang membawa kepada penahanan 106 orang, kebanyakannya pemimpin pembangkang dan aktiviti sosial.

Perkasa mahu gereja itu dan Pastornya Joseph Marcose disiasat kerana merancang mengadakan pementasan Kristian di Shah Alam ketika bulan Ramadan. Pengerusi Perkasa Petaling Zainal Abidin Ahmad membuat laporan polis agar dijalankan siasatan di bawah peruntukan hasutan.

Sehubungan itu, Khalid percaya bahawa kerajaan BN mencari alasan untuk mengadakan pendekatan sedemikian dan meminta agar rakyat Malaysia mengabaikan “kapal yang sedang tenggelam itu.”

“Mereka sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka tidak berupaya untuk menyatukan negara, bertindak dengan matang dan penuh tanggungjawab,” kata Yang Dipertua PAS Shah Alam ini. Khalid berkata, Perkasa menggerakkan satu lagi paku ke atas keranda BN dengan mencetuskan isu agama dan kaum, yang secara tidak langsung memecahbelahkan rakyat Malaysia.

Sedangkan, Zainal Abidin memberitahu The Malaysian Insider bahawa Perkasa mahukan gereja itu dan pastornya disiasat kerana menghasut dan menghina Sultan. Beliau menuduh gereja itu tidak sensitif dengan menganjurkan program sedemikian berjudul “Harapan” di premis SACC ketika bulan Ramadan yang bermula minggu lalu.

Katanya, meskipun program itu hanya untuk masyarakat Kristian tetapi Perkasa bimbang ia bertujuan mengembangkan agama itu di kalangan umat Islam. Zainal Abidin juga merujuk kepada bazar Ramadan diadakan sekitar SACC manakala kemudahan berbuka puasa pula diadakan dalam presmis itu.

Sehingga Joseph Marcose berkata, program 4 September itu yang akan diadakan sempena Hari Kebangsaan khusus untuk bukan Islam telah dibatalkan ekoran cuti panjang. Selain membuat laporan polis Perkasa juga telah menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam Selangor dan SACC.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga khuatir Perkasa sengaja cuba untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama yang dilihat boleh menyediakan ruang kepada Barisan Nasional (BN) menggunakan semula operasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pembangkang. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Di mana ada Kristian, di situ ada Islam. Begitu juga sebaliknya, sejarah telah membuktikan. Carilah pendekatan untuk bertemu dan berkerjasama, bukan berlawan dan berperang. Kerana masing-masing dengan kebebasan menurut agama masing-masing. tiada masalah.

Bukan seperti pendekatan yang dibawa oleh Perkasa. Kerana menurut Khalid..

(i) "kerajaan BN mencari alasan untuk mengadakan pendekatan sedemikian dan meminta agar rakyat Malaysia mengabaikan 'kapal yang sedang tenggelam itu'."

(ii) “Mereka sekali lagi telah membuktikan bahawa mereka tidak berupaya untuk menyatukan negara, bertindak dengan matang dan penuh tanggungjawab,”

(iii) "Khuatir Perkasa sengaja cuba untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama yang dilihat boleh menyediakan ruang kepada Barisan Nasional (BN) menggunakan semula operasi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap pembangkang."

(AK)

7 comments:

Anonymous said...

kenapa tak buat di PJ, klang. kenapa mesti dishah alam?? s.alam tempat org melayu. selama ni tak pernah ada benda mcm ni di s.alam.

Anonymous said...

sudah tentu banner akan dipasang disepanjang jalan menuju ke sacc. tak tau la nak cakap apa khalid. suka hati kau laa.

Anonymous said...

tak lama lagi kasi la pendakwah kristian berucap dimasjid shah alam. org islam skrg berjiwa kentelll....kuikui...bodo khalid. hasil didikan anwar liberal.

Anonymous said...

ntah apa2..knapa x buat kt bukit bintang yg rmai org kristian? apa kata org2 yg sokong benda ni bia anak dia diorg join skali..ye lah hr ni nyanyi2..ucapan2..esok2 pon bleh buat parti sex plak..ye lah kebebasan...

Cucu Cicit Adam dan Noh said...

Salam,
Lahir dari keluarga anak yatim pada usia 7 tahun hingga sekitar awal tujuh pulohan masa usia saya belasan tahun, saya akui tak pernah sembahyang dan kekadang ikut peacecorp US yang mengajar di sekolah saya pergi gereja. Saya meneyertai pasukan keselamatan Malaysia dan terus sembahyang tak sembahyang juga. Saya hanya ingat satu nasihat guru agama sekolah rendah saya. Jangan engkau lakukan perkara tidak baik kerana arwah ayah kamu akan sentiasa melihatnya di alam kubor. Saya tidak sembahyang dan nasihat guru saya menyebabkan saya tidak minum minuman keras walau pun mudah dan murah diperolehi ketika itu, saya tidak ada teman wanita atau womanizer. Satelah saya bersara awal saya menyertai UMNO dan masih terus begitu. Akhirnya saya menemui ketenangan dengan mendampingi masjid dan PAS lah yang membawa saya ke Masjid dan memelihara peradapan dan budi bicara saya. Syukur kerana Allah memberi peluang kepada saya bertemu orang orang PAS dan insyallah saya pasti meneruskan perjuangan Islam yang syumul ini bersama sama Jemaah jemaah PAS.

Fatma Fatma said...

BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!! BERITA BAIK !!!
Feyilfatma Nama saya, tinggal di malaysia, saya adalah seorang Muslim yang taat saya mahu menggunakan
Media ini untuk mengingatkan semua orang mencari pinjaman untuk berhati-hati dengan penipu kerana mereka everywhere.Few bulan lalu, saya adalah dari segi kewangan ke bawah, dan kerana keperluan saya, putus asa dan kemiskinan, saya telah scammed oleh beberapa syarikat yang dipanggil pinjaman dalam talian. Saya tidak berputus asa sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman sangat handal dipanggil Puan theresa yang memberi pinjaman pinjaman tidak bercagar $ 57,000 dalam masa 24 jam tanpa tekanan, pada mulanya ia adalah seperti mimpi bagi saya sehingga saya melihat ansuran pertama saya amaran 2 jam selepas saya digunakan. Saya menggalakkan rakan-rakan malaysia yang memerlukan pinjaman untuk sila hubungi Cik Theresa melalui: theresaloancompany@gmail.com
Berhati-hati! Anda juga boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui: feyzilfatma@gmail.com

alya ryo said...

Halo semua,
Nama saya Alya Ryo dari Jakarta di Indonesia, saya ingin memberi nasihat kepada semua orang untuk berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman di sini, saya memohon pinjaman sekitar 300 juta dari seorang wanita di negara-negara bersatu dan saya kehilangan sekitar 20 juta tanpa Saya mendapat pinjaman, mereka bertanya lagi dan sekali lagi untuk kos, dan saya dibayar tetapi masih saya tidak mendapat pinjaman, mereka merujuk saya kira-kira 2 kali kepada dua wanita yang berbeza di ibu negara Sepanyol, saya harap saya akan bertemu dengan orang yang betul, tetapi Saya tidak dan saya kehilangan perniagaan saya dalam proses.
Nasib baik untuk saya, seorang kawan yang baru saja memohon pinjaman, dan mendapat pinjaman tanpa apa-apa tekanan, memperkenalkan saya kepada Ketua Pegawai Eksekutif PINJAMAN AMANAH, Puan Ivana Luka dan saya memohon 500 juta, saya fikir ia adalah penipuan seperti biasa, Tetapi saya mendapat pinjaman saya kurang dari 24 jam, 2% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana perniagaan saya dihidupkan semula dan saya diselamatkan daripada menjadi miskin.
Jadi saya nasihat sesiapa yang memerlukan pinjaman untuk dihubungi
Puan Ivana Luka melalui e-mel: ivanaluka04@gmail.com

Anda masih boleh menghubungi saya jika anda mempunyai keraguan atau memerlukan maklumat lanjut melalui e-mel: alyaryo10@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails