Friday, August 20, 2010

Lagi Bukti BN Gagal, Lesen Pusat Hiburan 2 A, Labuan?


KL OGOS 20 10: SEMUA Pusat Hiburan di Labuan dikenalpasti menjalankan kegiatan pelacuran ‘berlesen’ yang dihalalkan pihak berkuasa. Lesen yang dimaksudkan ialah Lesen 2A iaitu gambar ‘Agong dan Amoi’. Semakin banyak Pusat Hiburan di Labuan menyimpan ‘Amoi’ di bangunan bersebelahan karaoke atau tingkat atas yang mempunyai pintu sulit; terutama yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri, melainkan ‘kemaluan’. Demikian dilaporkan oleh Sabahdaily semalam.

Menurut media itu lagi, adalah mustahil jika Jabatan Imigresen dan Unit D7 PDRM tidak mengetahui di mana Karaoke menyimpan ‘Amoi’ mereka, melainkan jika mata mereka dihijab dengan Lesen 2A yang menjadikan mereka hidup mewah setiap bulan, walaupun berpangkat Sarjan atau Penolong Pegawai ke bawah.

"Jenayah pelacuran yang dilakukan GRO; judi, sambung ayam dan Ah Long semakin aktif di Labuan, namun tiada sebarang tindakan diambil walaupun berpuluh laporan rasmi dibuat oleh mangsa atau orang awam.

"Surat pembaca yang disiarkan sebelum ini membuktikan semua aduan penduduk Labuan benar kerana jika perniagaan ‘pelacuran’ tidak menyalahi undang-undang, kenapa pemilik setiap Karaoke atau Pub terpaksa membayar Sarjan Pavinthtran RM2,000 sehingga RM3,000 sebulan sebagai wang perlindungan?

"Bagaimana pula dengan bayaran kepada Pegawai Kanan Polis daripada Pegawai Penyiasat sehingga Ketua Polis Daerah? Atau mungkinkah Pavinthtran dijadikan kambing hitam untuk memungut ‘Wang Perlindungan’ sebelum dibahagi sama rata dengan semua pegawai yang terbabit melakukan operasi dan bersubahat agar jenayah mereka tidak meletup kepada media?

"Jika setiap malam penguatkuasa ini datang ke Karaoke atau Pub untuk mendapatkan minuman keras dan seks secara percuma, jutawan terkaya di dunia pun mungkin bankrap; kerana modal pusingan telah ditelan dengan lahap oleh pegawai penguatkuasa yang rasuah dan menyalahguna kuasa.

"Krew D7 Sabahkini.net sedar, mungkin aduan yang dibuat oleh pemilik Pusat Hiburan ditaja oleh Pegawai Polis baru yang dibuang ke Labuan dan tidak dapat mencari makan selagi Sarjan Pavinthtran masih ‘berkuasa’; lalu mereka menggunakan media untuk melampiaskan niat jahat mereka; namun isu penting di sini ialah wujudnya Sindiket Persundalan di Labuan yang dilindungi undang-undang!

"Dalam pemerhatian Krew D7 Sabahkini.net, amalan ‘Catch & Release’ (C&R) yang diamalkan Unit D7 dan Jabatan Imigresen telah menyuburkan industri tertua di dunia ini kerana daripada lebih 800 GRO yang bekerja ‘tanpa pas’ di semua Pusat Hiburan di Labuan, hanya ditahan sekejap sahaja, seperti menangkap ikan di laut untuk tujuan dilepaskan semula, setelah ‘gian’ memancing terubat.

"Jika seorang sarjan ‘cabuk’ boleh menjaga semua Puast Hiburan di Labuan dan menerima habuan antara RM2,000 hingga RM3,000 daripada setiap Pusat Hiburan, dia sudah boleh menjadi Ketua Polis Negara kerana begitu berkuasa memungut wang perlindungan yang berjumlah ratusan ribu sebulan.

"Memang benarlah pengakuan jujur Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Hanif Omar bahawa 40 peratus polis boleh ditangkap tanpa bicara kerana mengamalkan rasuah; apatah lagi di pulau sekecil Labuan kerana 40 peratus pegawai polis termasuk Sarjan, Pegawai Penyiasat dan Penolong Pegawai Penyiasat yang sudah kemaruk ‘betina dan wang’ wajar ditukar atau diambil tindakan segera."

Menurut media itu lagi, Krew D7 Sabahkini.net sedar surat yang dihantar kepada Ketua Polis Negara dan salinannya diemail kepada Sabahkini.net ditulis oleh para taukeh pusat hiburan dan pegawai polis sendiri yang mahu Sarjan Pavinthtran ditukar supaya semua pusat hiburan di Labuan jatuh di bawah kawalan mereka.

Jika penulisnya bukan Taukeh Pusat Hiburan dan Pegawai Kanan Polis, bagaimana mereka tahu secara terperinci salah laku Sarjan Pavinthtran yang gemar minum percuma, meminta wang, membuat kutipan dan mendapatkan khidmat seks secara percuma, terutama hubungan dengan Mummy; maka Krew D7 Sabahkini.net mengharapkan agar Ketua Polis Negara menyiasat semua pegawai polis di Labuan yang turut bersekongkol dengan pelacuran, judi dan along. Jelas berita itu lagi.

"Benarkah Labuan berada di luar Malaysia kerana polis tidak dapat mengambil tindakan kerana semua pusat hiburan mempunyai ‘Lesen Pelacuran’ setelah Jabatan Imigresen memberikan kuota kepada pusat hiburan untuk mendapatkan khidmat GRO asing?

"Sekiranya hipotesis ini tidak benar, maka Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Imigresen wajib menarik balik semua permit kerja yang diberikan kepada GRO kerana mereka menyalahgunakan permit tersebut untuk kegiatan pelacuran dan persundalan.

"Masyarakat Labuan yang majoritinya beragama Islam kucar kacir akibat kehadiran ramai Pelacur berlesen ini sehingga berlaku keruntuhan rumah tangga dan penyakit sosial kerana suami membelanjakan wang gaji untuk menyimpan GRO dan melanggani pelacur." Menurut berita itu.

Dalam hal ini, kata sumber itu, Ketua PBS Labuan, Peter Mak patut dipersalahkan kerana telah menipu Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memajukan Labuan sebagai Syurga Pelacuran kerana terletak di luar pesisir; khasnya untuk menarik pelancong luar dan pekerja asing yang bekerja di syarikat carigali yang berpangkalan di Labuan.

‘The Untouchable Karaoke’ seperti King Karaoke, Tip Top karaoke, Pop Inn Pub, Ginza 88, Havana Karaoke, Manila Café dan Strawberry Karaoke mempunyai beratus GRO atau Pelacur Berlesen, namun hanya 40% sahaja yang mempunyai permit kerja kerana serbuan dan tangkapan selama ini hanya satu babak lakonan dalam filem ‘Gerak Khas The Movie’. Kata berita itu.

Dalam pada itu, seorang lelaki bernama Alex telah mengirim email kepada Sabahkini.net yang isi kandungan seperti berikut;

“Saya bercakap bagi pihak Peter yang disebut dalam artikel saudara bertajuk ‘Penduduk Labuan Mohon Batal Permit Gro’. Banyak fakta daripada tulisan saudara yang boleh disangkal dan tidak benar. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan fakta sebenar, saudara dialu-alukan untuk menghubungi pejabat kami di talian 087-431696 dan berjumpa dengan saudara Peter. Saudara Peter juga mengalu-alukan pertemuan ini dan menafikan bahawa beliau cuba mengelak untuk ditemui seperti yang disebut dalam tulisan saudara. Terimakasih.”

"Namun intipan Krew D7 Sabahkini.net selama ini mendapati dakwaan Alex hanya untuk menutup ‘kejalangan Peter’ yang menggunakan kedudukannya dalam parti politik BN untuk mengaut untung besar dengan menjual kuota kepada pemilik Pusat Hiburan di Labuan untuk mendapatkan Pelacur Berlesen!" Kata sumber itu lagi.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Satu lagi kegagalan BN yang mengabaikan suara rakyat Sabah. Hukum BN dalam PRU 13 akan datang. (AK)

2 comments:

Anonymous said...

Labuan Jauh sangat...
Di KL bersepah..nak saya tunjuk?..anytime. Hingga tempat mereka melepak after work pun saya tau. Tapi nak buat apa? kita tak bole nak bikin apa. Kalau wanita asing saya x kisah. Tapi bangsa sendiri....

Azira Othman said...

bole email saya umminajah80@yahoo.com tempat hiburan sekitar asian supply base tu.. sy nk siasat suami sy yg keje sana
..pls ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails