Thursday, September 16, 2010

Sosilawati: Kes Sebelum Ini Tak Tahu? -Haniza Talha


GOMBAK 16 Sept 10: Pihak polis digesa memberi perhatian dan bertindak segera terhadap mana-mana laporan jenayah oleh orang awam dan tidak hanya dilihat bertindak pantas apabila melibatkan kes jenayah berprofil tinggi sahaja

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha merujuk kepada kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain baru-baru yang dikaitkan dengan seorang peguam bergelar 'Datuk' dan adiknya seorang doktor.

"Apabila disiasat didapati dalang kepada pembunuhan sudah ada empat kes terdahuku yang cara jenayah mereka hampir sama tetapi persoalan saya mengapa kes sebelum ini tidak langsung diketahui orang ramai sehinggalah kes pembunuhan Datuk Sosialwati 'meletup'.

"Saya berpendapat sekiranya pihak polis hanya bertindak pantas dan dilihat memberi fokus kepada kes-kes berprofil tinggi maka ia akan menghantar mesej yang salah.

"Sebelum saya difahamkan terdapat beberapa laporan orang ramai mengenai kegiatan jenayah dan aktiviti yang berlaku di dalam ladang tersebut namun apa terjadi dengan semua laporan itu.

"Kita seolah-olah membiarkan penjenayah berfikir bahawa mereka boleh bermaharajalela melakukan jenayah tanpa risau tindakan oleh pihak berkuasa," kata Haniza ketika ditemui media selepas mengadakan majlis tahlil dab bacaan yasin bersama-sama anggota Wanita KEADILAN dan Dewan Muslimat Gombak.

Turut bersama pada majlis itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan tersebut untuk urusan pembelian tanah.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor menyeru rakyat supaya bersama-sama berganding bahu mencegah jenayah.

"Kita melihat di kaca televisyen jenayah-jeneyah yang berlaku di Amerika Syarikat, Europa tetapi kita tidak sangka jenayah kejam seperti yang berlaku kepada datuk Sosilawati boleh berlaku di negara ini.

"Apa sudah jadi dengan negara ini dan masyarakat sehingga penjenayah boleh melakukan kekejaman sewenang-wenang.

"Saya menyeru rakyat Malaysia sudah kembali berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan dan jangan terlalu materialistik sehingga manusia akan sanggup berbuat apa sahaja demi wang ringgit dan kekayaan," nasihat beliau.

Beliau juga berharap pihak polis meningkatkan keupayaan mereka untuk menyiasat dan menyelesaikan kes-kes jenayah dengan efisien. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas Haniza Talha.

Lihat keseluruhan isu Datuk Sosilawati...

Bahagian IV

Bahagian III (10 artikel), Bahagian II (10 artikel) & Bahagian I (10 artikal)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails