Saturday, September 18, 2010

Isu Sosilawati: Siasat Majlis Peguam -Pakida


AMPANG 18 SEPT 10: Kira-kira 120 anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida) hadir ke rumah Noorhisham Mohamad yang mati dibunuh bersama Datuk Sosilawati Lawiya pada 30 Ogos lalu bagi menyertai bacaan Yaasin dan tahlil kepada arwah. Majlis itu diadakan di rumah Noorhisham di Taman Seraya, Ampang pada jam 12.00 tengah hari diketuai oleh Pengerusi hal ehwal khas Pekida Shahril Abdul Aziz.

Noorhisham - seorang pegawai bank, Sosilawati, pemandu jutawan kosmetik itu Kamaruddin Shansuddin dan peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, dipercayai dipukul sampai mati dan dibakar di Ladang Gadong dan abunya dibuang di Sungai Panchau, Banting, Selangor. Sementara itu, dalam sidang media selepas itu, Shahril menyalahkan majlis peguam yang didakwanya "gagal membersihkan peguam-peguam yang bermasalah".

"Sepatutnya Majlis Peguam mengambil langkah-langkah yang lebih tepat dengan mengasingkan peguam-peguam bermasalah dengan membuat penyataan terbuka di dalam media ataupun memperkenalkan kad kuasa yang mesti diperbaharui setiap tahun sebelum peguam-peguam mahu menjalankan perniagaan mereka," katanya.

Justeru, Shahril mencadangkan satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi menyiasat majlis berkenaan. Sebelum ini, dilaporkan seorang peguam merupakan suspek utama kes pembunuhan kejam itu.

Turut hadir dalam majlis itu Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Roslan Dahaman dan Timbalan Presiden Majlis Permuafakatan Ummah (PERWARIS) Rahimuddin Md Harun.

Dapatkan 3 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

1 comment:

King said...

Kenapa pekida makin hari makin menunjukkan kebangangan nye....??

Sepatut nye mereka mendesak supaya di siasat dakwaan presiden majlis peguam di mana 30 ke 40 peguam di pecat dlm setahun kerana salah laku dan laporan polis yg di buat tiada apa2 tindakan di ambil utk mendakwa mereka di mahkamah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails