Wednesday, September 15, 2010

Majlis Peguam: Audit & Tindak Tegas -Ali Rustam

Rabu September 15, 2010: Majlis Peguam Perlu Audit Anggotanya Elak Jenayah

MELAKA: Majlis Peguam diminta menilai setiap tingkah laku anggotanya menerusi pengauditan supaya badan perundangan itu lebih profesional dan tidak dipandang serong.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, tindakan dan perlakuan jenayah sesetengah peguam telah mencemar imej institusi itu.

"Saya berpendapat elok Majlis Peguam melakukan audit dengan menyemak kegiatan ahlinya dan mengambil tindakan tegas kepada ahli-ahlinya sekiranya terlibat dalam kes jenayah secara berterusan," katanya kepada pemberita di kediamannya di Seri Bendahara, di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pembunuhan kejam terhadap jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya,47 dan tiga yang lain, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai CIMB Bank, Noorhisham Mohamad, 38 dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shansuddin, 44 di Banting Selangor, yang mereka dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu.

Lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari sejak Ahad lepas bagi membantu siasatan kes itu.

Mohd Ali berkata, selain polis melakukan siasatan kes, Majlis Peguam juga perlu bertindak ke atas ahli-ahlinya agar institusi guaman itu dipandang tinggi. - BERNAMA

Lihat keseluruhan isu Datuk Sosilawati...

Bahagian IV

Bahagian III
Bahagian II
Bahagian I

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails