Wednesday, September 15, 2010

Lady Gaga, Siapa Peralatnya?

HALAMAN HIBURAN


LADY GAGA memakai pakaian yang diperbuat daripada daging semasa menghadiri Anugerah Video Muzik MTV di Los Angeles pada Ahad lalu.

LOS ANGELES 15 SEPT 10: Penyanyi terkenal, Lady Gaga mempertahankan tindakannya memakai pakaian yang diperbuat daripada daging semasa menghadiri Anugerah Video Muzik MTV pada Ahad lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Penyanyi lagu Poker Face itu membuat kenyataan tersebut selepas dia ditanya oleh pengacara televisyen, Ellen DeGeneres punca yang menyebabkan dia memakai pakaian yang diperbuat daripada daging.

"Jelas sekali ia bukan untuk tidak menghormati mereka yang memakan sayur-sayuran. Seperti yang anda ketahui, saya merupakan orang yang paling bebas daripada sebarang penilaian di dunia.

Jika kita tidak berdiri dengan pendirian kita sendiri dan berjuang demi hak kita, lama kelamaan kita akan sama seperti sebanyak mana daging yang terdapat pada tulang-tulang kita," kata Lady Gaga.

Dia pernah memakai bikini daging semasa bergambar untuk menjadi penghias muka depan majalah Vogue edisi Jepun. Demikian menurut berita Agensi.

Sebelum Albun terbaru keluar baru-baru ini, video lagu Alejandro, banyak kontrovasi . Di samping banyak unsur-unsur lucah video tersebut membuktikan dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh.

Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati .Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah ke web ni. http://mistisfiles.blogspot.com and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal . Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga. Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak diexplainkan lepas ni ..

Dalam video itu, ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu, mungkin tak banyak yang kita boleh tahu.

Mari kita mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro – Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. Jangan hanya baca buka mata, tapi baca buka minda .

lady gaga

Video dimulakan dengan lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

I know that we are young.
And I know you may love me.
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.

lady gaga

Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita nampak Gaga kat depan tu pakai jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus) .Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan Kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah ..Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa, tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus)..

lady gaga

But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro.

Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro ?

lady gaga

Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati – The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya .

Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang ke string, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang ‘control’ dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah ‘mind-control slave’. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang dicontrol segala pergerakannya..

lady gaga

Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampakkan? Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part: “Stop, please, just let me go, Alejandro”.

Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni, kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”

Maksud lirik ni pula. A halo’ bermaksud ia dianggap “suci”(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillonya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan.

Selepas sahaja lirik tu .. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula ..Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan) . Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?

lady gaga
Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati

Saya kata paderi syaitan sebab tengok je, lah jubah Gaga di atas. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan.

Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai “Cross Of St.Peter”, untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain.Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..

lady gaga

lady gaga

Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan .Untuk memuja dan menyeru syaitan .

lady gaga

“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (…) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall

lady gaga

Waktu ni lirik yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .

Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)

Don’t call my name, Don’t call my name, Bye Fernando .
I’m not you’re babe , I’m not you’re babe, Alejandro (tuhan)

Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu Gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka .

lady gaga

Sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih . Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer ..

lady gaga

lady gaga

I’m not your babe I’m not your babe , Fernando.Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Janganlah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka .Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena solve apa makna dia ..

lady gaga

Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib .. Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam videonya. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik: ” Don’t call my name, Don’t call me Name Bye Fernando (Jesus) ”

lady gaga

Dan di akhir video.. Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama strings.. Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control.. Oleh siapa? Fikir-fikirkanlah siapa yang control Gaga ni.. Siapa dalang disebalik semua ni? Siapa ketua? Anda mampu cari jawapannya kan? Insya-Allah pasti!

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks, simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas and tak perlu banyak teka-teki macam video Telephone dan Bad Romancae.

Jadi apa yang Gaga nak cuba sampaikan dari videonya? Dalam ni Gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain.

lady gaga

Sekian, Allahu Aklam. (2MA)

Ada kaitan...

1 comment:

Unknown said...

detail explanation!
bertambah ilmu saya... tima kasih

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails