Thursday, January 28, 2010

Jawapan Kepada 'AJL24, TV3 Didalangi Yahudi/Fremason'

HALAMAN HIBURAN
Khamis Januari 28, 2010: Hujan Sedih, Alyah Terkejut Dikaitkan Dengan ‘Freemason’

EKORAN dikait mengamalkan unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini, dua finalis Alyah dan band Hujan memberikan pandangan mereka.

Salah seorang anggota Hujan, Hang Dimas berkata mereka sedih dengan dakwaan itu manakala Alyah akui terkejut.

“Kami sedih apabila perkara itu menjadi isu. Ada ke patut orang fikir macam ni dengan mencari hubungkait dan membuat andaian.

“Konsep hitam dan putih memang idea daripada Hujan. Sebelum membuat persembahan, kami kena present idea kepada team produksi TV3.

“Ia melibatkan bahagian teknikal. Jadi, takkan 14 artis plan untuk perkara ini. Kami juga tidak dieksploitasi oleh pihak produksi,” katanya yang mendapat tahu perkara itu menerusi sebuah blog.

Persembahan Hujan menerusi lagu Aku Skandal itu didakwa mempunyai unsur ‘Freemason’ apabila Hujan menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.

Dimas berkata, dia turut terkejut dengan pendedahan dalam blog itu dan menjadi isu besar.

Dia berpendapat, blogger itu boleh menulis dan berkata apa-apa sahaja. Walaupun kesal dituduh mengamalkan unsur ‘Freemason’, Hujan hanya tergelak saat diajukan persoalan itu.

Sementara itu, Alyah yang mempertaruhkan lagu Tak Mungkin Kerana Sayang berkata konsep persembahannya pada malam itu dipengaruhi oleh klip video lagu itu.

“Saya menggunakan konsep ‘muzik elektrik’ dengan mengubah dari klip video kepada persembahan pentas.

“Ikutkan sofa dalam klip video itu berwarna merah dan baju saya berwarna hitam. Tetapi untuk persembahan itu saya ubah kepada sofa putih yang mendapat sponsor.

“Disebabkan saya nak nampak berlainan daripada penari, jadi sebab itu saya memilih baju berwarna merah,” beritahu Alyah ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Alyah, dia tidak pernah terfikir tentang ‘Lady In Red’ atau syaitan yang dikaitkan dengan unsur ‘Freemason’.

Dia hanya memilih pakaian berwarna merah rekaan Arma Abdul Rahman itu disebabkan menyukai warna itu.

“Saya pernah dengar yang ‘Lady In Red’ merupakan perantaraan syaitan dan manusia. Tetapi saya memilih pakaian itu tanpa mempunyai maksud terselindung seperti yang orang katakan pakaian itu melambangkan dajal.

“Saya pun baru tahu tentang perkara ini apabila penyanyi Imran Ajmain bertanya kepada saya semasa melakukan promo untuk Konsert Hot FM Big Jam tadi (semalam). Dia hanya menegur saya secara baik,” ujarnya lagi.

Walaupun begitu, Alyah berkata dia tidak akan serik untuk memakai baju berwarna merah lagi untuk melakukan persembahannya.

“Saya memilih pakaian warna merah dengan niat untuk membuat persembahan dan berfesyen. Bukan saya berniat menjadi perantaraan dengan syaitan,” tuturnya.

Tambah Alyah: “Kadangkala perkara ini mempunyai positif dan negatif. Dalam kes ini baru saya tahu yang ia hanya kebetulan dan yang penting saya tak pernah rancang. Sekurang-kurangnya, ia juga telah mengingatkan saya.

“Saya terima perkara ini secara positif dan setinggi mana pun muzik itu, saya perlu berbalik pada asal (agama).

“Saya bimbang juga jika hal ini dibangkitkan dan menimbulkan pergaduhan antara masyarakat Islam.

“Saya berterima kasih kepada pihak yang mendedahkan perkara ini namun diharapkan ia tidak diperbesarkan,” jelas Aliyah.

Dakwaan ini tercetus ekoran pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan, Mohammad Sufian Talib, 22, mengenai unsur-unsur negatif yang ditemui sepanjang majlis itu berlangsung pada 10 Januari lalu di Stadium Putra Bukit Jalil.

Blog jejakitinggalanrasul.blogspot.com itu menunjukkan bukti-bukti gambar gerakan Freemason dan Illuminati yang dikatakan banyak mempunyai persamaan dengan set pentas program yang ditonton oleh 4.6 juta penonton itu.

Menurut sebuah akhbar, Freemason dan Illuminati adalah pertubuhan rahsia ke arah pembentukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan.

Antara yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason adalah set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza.

Namun begitu, cubaan mendapatkan komen Siti gagal apabila pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata dia dikhabarkan sedang berada di luar negara.

Sufian juga berkata: “Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?

“Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala ‘Lady In Red’ yang merupakan simbolik yang digunakan dalam menjayakan organisasi ini serta bagaimana mesej bawah sedar digunakan seperti yang dipertontonkan dalam filem Devil’s Advocate, The Matrix dan dokumentari The Arrivals bahagian 13.

“Anda mungkin tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang bertentangan dengan agama Islam.”

Sufian yang mewakili kumpulan pengkaji daripada gabungan Jejaki Tinggalan Rasul (JTR), Free Our Mind (FOM) dan Nur Toharah (NT) mengulas persamaan yang ditonjolkan oleh ramai pemain gitar seperti band Hujan dan Bunkface yang menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet. (AK)

Lihat ...

19 comments:

king said...

tv3 sudah lama dikuasai oleh yahudi melalui ahli gerakan freemason malaysia.

kalau diimbas semula tahun 90an dulu dlm rancangan al-kuliyyah ...
bahagian latar dibelakang para penceranah terdapat ukiran bintang david berbucu enam yg diukir cantik seolah-olah ukiran bercirikan Islam...

dah bertahun tak tenguk tv3...tak pasti ada ke dak lagi...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum. Hiburan yang semakin tidak dikawal waktu ini akan membawa kesan yg buruk bagi akidah Islam, lebih2 lagi dikalangan kanak2, remaja dan pemuda. Bagi kami, niat kami bukan untuk menuduh, mahupun ingin munutup punca rezki kita. Sekadar saling ingat mengingati, menyampaikan hasil kajian kami mengenai pergerakan pukau Dajjal al-Masikh, untuk saling ingat mengingati sesama saudara Islam. Islam tiada paksaan, jadi kami tidak memaksa untuk mereka berubah, tetapi hanya mengajak mereka berfikir. Fikirlah apa yang perlu kita jawab kelak di hari pembalasan nanti. Apa yang kau lakukan untuk menjaga kesucian Islam semasa didunia?

wakil Nur Toharah, Jejaki Tinggalan Rasul dan FOM

Saudara blog, boleh kah saya dapat sumber blog diatas, terima kasih.

Anonymous said...

kn bgos kalau xyah niat2 nak fesyen.pakai tudg je kn lagi bgos.

Anonymous said...

Salam Pak Hashim

letih la layan teori illuminati ni.

yang jelasnya, hiburan melampau tajaan tv3 tu pun dah lama masuk jerat yahudi.

pemuda pas bangi

Ibnu Hasyim said...

Terima kasih komen tuan-tuan.

Seperti ditanyakan, sila lihat mStar Online bahagian hiburan 28 Jan semalam.

Anonymous said...

Kita rasa kita gah, kita hebat...rupanya kita hanya jadi alat syaitan menanamkan budaya kuning.

Anonymous said...

teori freemason tu memang dangkal.

kalau checkerboard hitam putih nak dijadikan asas freemason, semuanya yg nampak seperti checkerboard hitamputih pun nak kena buang?
carpet, papan dam, chess, tikar getah kat kampung, lantai kat pejabat dll

arch pun nak dikaitkan dgn freemason? bingai ke apa? kita orang islam tak boleh la nak ada arch dlm kehidupan kita? rumah tak boleh ada arch, laman rumah tak boleh ada binaan macam tu...

tak boleh pakai baju merah kalau kawan2 ofis pakai baju hitam, nanti dikata freemason.

appppaaa da budak tu. mak bapak hantar pergi jordan utk belajar, dia dok buang masa fikir benda2 tak berfaedah macam ni..

Anonymous said...

papepun korg..klo coincidence pn, hati2 je la..xyah byk komen.. mgkin skrg x..tp lme2 nt tjdi gk..igt..dunia da nk kiamat..

Unknown said...

Salam kepada

"Anonymous said...
teori freemason tu memang dangkal."

Islam tiada paksaan untuk memaksa diri anda menerima pemikiran dan kajian kami. tepuk dada tanya iman, Ambil Quran, fahamai kondisi. Terpulang. Jika sudah tahu dan tetap mahukan terpulang kepada anda, dan terpulang kepada anda untuk mengkaji sendiri. Anda mengatakan tidak berfaedah, kami hormati itu pikiran anda. Tapi bagi kami, ini hanya untuk sekadar saling mengingati sesama kita. Wassalam

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. "

Wakil NT-FOM-JTR

Unknown said...

sokong saudara Ahmad Muammar

kepada : Anonymous said...
teori freemason tu memang dangkal.

-..awal pernah buat kajian macam saudara suffian buat?
-dia buat begitu untuk buka minda pemikiran manusia yang semakin lama semakin hanyut dengan dunia hiburan yang melampau. bukan minta awak sokong dia.

pacifist said...

tidak kira kebetulan @ ada perancangan rapi.JTR hanya mengingatkan dakyah-dakyah yg disusun rapi berabad lamanya.ambillah sbg peringatan sbg pedomen.dunia ini misteri.terokailah sehingga hilang misteri itu.

kumbang terbang said...

Assalamualaikum..tujuan beliau untuk membuka mata semua pihak bahawa gerakan ni memang dah lama ada kat Malaysia ni..sesetengah komen dari blog ni pun macam dah tidak ada adab dan sopan langsung..contohnya iklan susu yang wardina ngan anaknyer itu..lambang mirip israel..ya..kita tak nampak..tapi sipi2 tu saya perasan juga..saya ada 2 buku mengenai freemason n illuminati ni..tetapi kita masih ditakuk lama..masih tidak sedar juga..jadi, terima jer lah tapi harus berhati-hati..suntik sikit kat hiburan, gagasan dan macam-macam lagi gerakan kemanusiaan..
fikir2kan bendera israel tu sendiri..ape makna bintang bucu enam ditengah2 3 garisan biru..herm..banyakkan membaca

kumbang terbang said...

2 garisan biru..sori

hidayah said...

teori freemason dangkal..
sebenarnya islam tidak melarang kita mempunyai arch,pakai baju merah,atau mempunyai lantai hitam putih,tetapi kita harus kita ingat,ada pihak tertentu yang cuba merosakkan agama dan kepercayaan kita dengan cara halus,tidak salah untuk memiliki perkara yang disebut di atas,cuma perlu berhati-hati dan sesekali perlu ditinjau juga perkara sebegini agar kita tidak lalai.

Anonymous said...

I think this is all too much already. I agreed that freemason is in existence but to relate anything, even everything you do in life (color, shirt, symbols) is somehow related to freemason is to me, a total b%llSH$T. I think you all are to obsessed already.
The latest critics on TV3 hari raya commercial is the most pathetic and disgusting things that i ever read in my life. My white haired father, who always wear similar ketayap as the old man in the commercial when goes to Surau for prayers are now change to kopiah hitam, afraid people will mistaken him as the church leader in our area.......

ahmed said...

Salah seorang anggota Hujan, Hang Dimas berkata mereka sedih dengan dakwaan itu manakala Alyah akui terkejut.

ali said...

I think this is all too much already. I agreed that freemason is in existence but to relate anything, even everything you do in life (color, shirt, symbols) is somehow related to freemason is to me, a total b%llSH$T. I think you all are to obsessed already.
The latest critics on TV3 hari raya commercial is the most pathetic and disgusting things that i ever read in my life. My white haired father, who always wear similar ketayap as the old man in the commercial when goes to Surau for prayers are now change to kopiah hitam, afraid people will mistaken him as the church leader in our area

zaid said...

teori freemason dangkal..
sebenarnya islam tidak melarang kita mempunyai arch,pakai baju merah,atau mempunyai lantai hitam putih,tetapi kita harus kita ingat,ada pihak tertentu yang cuba merosakkan agama dan kepercayaan kita dengan cara halus,tidak salah untuk memiliki perkara yang disebut di atas,cuma perlu berhati-hati dan sesekali perlu ditinjau juga perkara sebegini agar kita tidak lalai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails