Friday, January 29, 2010

MIC & MCA: Nafkah Isteri B/Islam, Perlu Dialog Dg PAS?

KUALA LUMPUR Jan 29 210: BERNAMA melaporkan MIC dan MCA akan mengusulkan kepada kerajaan agar turut menimbang peruntukan nafkah bagi wanita bukan Islam yang sedang melalui proses penceraian serta tidak diberi nafkah oleh suami mereka.

Naib Presiden MIC, Datuk Dr S. Subramaniam berkata, syor itu akan dibawa beliau dan rakan sejawat dari MCA Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Menteri Pelancongan pada mesyuarat Kabinet akan datang.

Subramaniam yang juga Menteri Sumber Manusia berkata pemberian nafkah itu akan meringankan beban golongan isteri yang kebanyakannya turut bertanggungjawab menjaga anak-anak sementara menunggu proses penceraian mereka selesai.

"Proses penceraian ini mengambil masa yang lama di mahkamah dan ada suami yang tidak mahu memberi nafkah kepada isteri selagi kes tidak selesai," katanya kepada pemberita selepas majlis penerimaan projek menaiktaraf kemudahan pelancongan di kawasan Batu Caves daripada Ng, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Subramaniam berkata mereka akan menyarankan agar peruntukan itu disalur menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Pada awal bulan ini Kabinet meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk digunakan sebagai bayaran pendahuluan kepada mereka yang memperoleh perintah nafkah daripada Mahkamah Syariah, bertujuan membantu isteri-isteri yang dalam proses penceraian dan tidak diberikan nafkah oleh suami, meneruskan hidup dengan baik.

Sementara itu, MCA pula bercadang mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan agama Islam dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada sesi dialog yang diadakan parti itu dengan pelbagai pertubuhan agama. Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, parti itu yakin kepercayaan dan persefahaman antara penganut pelbagai agama hanya boleh dikekalkan melalui dialog.

Minggu lepas, parti itu mengadakan dialog serupa dengan pemimpin Kristian berikutan beberapa kejadian serangan terhadap rumah-rumah ibadat baru-baru ini. Ong berkata, pada dialog itu, MCA dan MCCBCHST membincangkan mengenai sensitiviti agama dan pelbagai isu termasuk Akta Pembaharuan Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, sama ada Malaysia sebuah negara Islam, pengagihan dana awam dan reka bentuk rumah ibadat serta kawasan perkuburan bagi bukan Islam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Rakan-rakan bukan Islam dalam BN seperti MCA &MIC kena juga dialog mengenai Islam dengan PAS, jangan faham agama dan negara Islam macam UMNO faham. Sebab itu UMNO tolak hudud, menyebabkan tiada perpaduan dalam menghayati agama. Kalau ikut agama, sudah tiada perbedaan antara kaum, bangsa dan warna kulit. (AK)

1 comment:

pacifist said...

kefahaman islam masih kurang di kalangan rakyat b/islam.sebab itu mereka kurang sensitif ttg perkara yg menjadi sensitiviti umat islam.kita kena merenung sejarah 52 thn yg lalu.kaedah apakah yg diguna utk membentuk bangsa malaysia.sbb itu kita masih terkial-kial mencari identiti kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails