Thursday, January 28, 2010

AJL24: TV3 Didalangi Yahudi/Fremason? Tahniah Blog JTR

HALAMAN HIBURAN

Ada apa pada AJL 24?


MINGGU lepas, blog Jejaki Tinggalan Rasul (JTR) mengajak anda memerhati dalam Negara kita sendiri apa yang telah dilakukan oleh si Antichrist berkaitan dengan senibina KLCC. Terdapat pelbagai clue-clue menarik yang sangat memeranjatkan bagi mereka yang asing dalam dunia penuh penipuan ini. Kali ini saya pula ingin mengajak anda, selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut?

Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.

Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;




piramid

Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?




Adakah ini satu kebetulan?

2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?






Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya…


3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.



Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video ini.

youtube (The Arrivals. ap 13)




Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.


Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.



Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.




di tali gitar




ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.

Dan apa pula ini?



Apa persamaannya?



Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.

Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda...


*penambahan:


Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.


Sekadar penambahan. Terima Kasih.


Ditulis oleh: Abu Hannan Mohammad Sufian Bin Talib
B.Sc in Islamic Jurisprudence & Its Foundations
Al al-Bayt University, Jordan.
25 Muharram 1431 | 11 Januari 2010

Komen Blog Ibnu Hasyim: Apakah tv3 sudah diresapi pengaruh yahudi atau freemason?? Ini, suatu ulasan yang menarik. Tahniah Blog JTR!

Diangkat dari...

7 comments:

Anonymous said...

TV3 (juga tv8, tv7 dan tv9) itu anak syarikat Media Prima BHD milik UMNO....

Jgn halakan semua senjata ke TV3...sebenarnya sumber kejahatan ialah ayahnya iaitu UMNO.

Rakyat boleh melihat kebaikan mekar di negara kita...bila rakyat sanggup melakukan PERUBAHAN... dengan menukar kerajaan pusat dalam pilihan raya umum nanti.

We CAN CHANGE THE CORRUPT GOVERNMENT melalui pilihan raya.

Ibnu Hasyim said...

Ha ha ha.
Betul..

TahanCing said...

Assalamualaikum...
Saya amat meminati blog saudara. Tetapi mengenai catatan ini, saya berasa amat keterlaluan dalam tafsiran.Mencari salah dengan sengaja rasanya bukannya cara yang betul.Di dalam penafsiran(atau mencari salah), begitulah syaitan akan mengapi2kan "tafsiran" kita.
Saya memangkah pendapat2 penulis, kecuali mungkin lambang kumpulan Search yang saya rasa patut diberitahu kepada pihak mereka supaya dapat diubah.
Malaysia semakin taksub dengan politik, taksub dengan mencari kesalahan di sana sini.Semoga Allah mengasihani kami dan menunjuk ke jalan yang benar...

Sebatang kara said...

Saya diberitakan, di kalangan Melayu pun ada gak geng2 freemason nih.

Anonymous said...

ini pendapat saya.. pihak yang bersalah sebenarnya ialah kita semua kerana mudah terikut-ikut dengan budaya orang luar. kita juga bersalah kerana terlalu mudah untuk menerima tajaan dan pemberian daripada orang tanpa unsur periksa. seperti contoh, ketika alyah membuat persembahan, berbeza ketika persembahannya di AJL 24 dengan di dalam video clip asalnya: pakaian dan warna sofa yang menyerupai 'lady in red' ketika AJL 24. sofa yang dipakai dalam AJL 24 ialah ditaja! dan alyah terpaksa menukar pakaiannya kepada merah untuk sesuaikan dengan warna sofa..

begitu juga dengan koreografi tarian yang menyerupai firaun. semua itu SEPATUTNYA dapat dielak, bukan? dengan pengetahuan dan langkah berhati-hati.

Blakê said...

Media dan hiburan sendiri agenda yahudi. Bukan nak menuding kpd sesiapa, dan bukan berkenaan politik. Obviously ini dipengaruhi yahudi dan illuminati. Kalau xboleh terima juga, cbe muhasabah diri.

Anonymous said...

bodoh..!!!! tv3(juga tv8, tv7 dan tv9)media prima milk swasta la bodoh...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails