Tuesday, September 14, 2010

K/Sosilawati: 'Baik', Tetapi Penjenayah Kejam

Datuk K. Patmanaban, saspek penjenayah terkejam..

KL 14 SEPT 10: PEGUAM berpangkat Datuk yang ditahan polis berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya (dan 3 pengiringnya), disebut-sebut 'baik orangnya' (Peguam Tertuduh, 'baik orangnya'?), adalah Datuk K. Patmanaban.

Dia yang juga dikatakan seorang dermawan pernah menyumbang melalui MIC dan pernah memohon menjadi ahli pertubuhan politik itu, rupanya adalah saspek penjenayah kejam yang setanding dengan pembunuh Altantuya Mongolia beberapa tahun lalu.

Kosmo! Online hari ini melaporkan mengenai saspek penjenayah itu lagi..

Pertama: Kes saudagar batu permata hilang.

Polis sedang menyiasat kemungkinan kehilangan empat ahli perniagaan termasuk seorang saudagar batu permata warga India turut mempunyai kaitan dengan lapan lelaki yang ditahan berkaitan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Tiga rakyat tempatan yang hilang itu membabitkan seorang lelaki Melayu manakala dua lagi lelaki berketurunan India. Polis menyiasat sama ada kehilangan tiga warga tempatan itu berlaku ketika mereka melakukan urusan perniagaan dengan peguam Datuk K. Patmanaban yang ditahan reman kelmarin.

Sumber itu berkata, saudagar batu permata bernama Alla Kantan Muthu Raja, 34, dari Chennai, India dipercayai hilang semasa dia melakukan urusniaga di Banting. Kehilangan empat mangsa itu dilaporkan secara berasingan antara April dan Mei lalu. Sejak itu tidak ada apa-apa petunjuk mengenai kedudukan keempat-empat mangsa itu.

Kedua: Peguam disiasat kes wang haram

Polis menyiasat kemungkinan aset mencecah jutaan ringgit dimiliki peguam Datuk K. Patmanaban, 41, yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga yang lain adalah hasil pengubahan wang haram.

Satu sumber berkata, daripada semakan kedudukan kewangan peguam itu, latar belakang Patmanaban mencurigakan.

"Jika terbukti ada penglibatan, dia seorang bijak kerana mampu menyembunyikan kegiatan itu di sebalik pengaruhnya.

"Malah penglibatannya itu juga terselindung kerana dia mempunyai perniagaan termasuk mengusahakan ladang ternakan ayam di Ladang Gadong, Tanjung Sepat," kata sumber itu yang ditanya mengenai perkembangan awal siasatan aset Patmanaban.

Itu antara lain yang terbongkar hari ini. Kita tunggu lagi pembongkaran selanjutnya. Air tenang jangan disangka tiada buaya, wajah tenang ada juga berhati buaya. (AK)

Lihat keseluruhan ini...

2 comments:

Firdaus Rahim said...

Salam Ibnu Hasyim,

Saya mengikuti siaran tergendala kisah datuk Sosilawati ini. teruskan dengan update2 terkini.

Terima kasih atas usaha updat blog. Cerita mona fandey dulu ada tak?

joe penang said...

Antara yg pelik
Suspek pernah dikaitkan dengan kehilangan beberapa mangsa sebelum ni. Suspek tidak didakwa kerana mendapat pelindungan dari polis atasan.
Adakah kerana mantan KPN dah pencen? Atau kehilangan kali ni membabitkan public figure?
Banyak yg pelik ttg kes ni. Bawak wang tunai 4 juta. Pegawai cimb pun joint sekali(bukan patut urusniaga bank di pejabat je...) dll lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails