Saturday, September 18, 2010

PRU 13: Nik Aziz Tidak Bertanding?


KOTA BARU, 18 Sept 10: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata keputusan sama ada akan menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ataupun sebaliknya terserah kepada kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya tidak pernah menawarkan diri untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali pertama kali ketika kerajaan campuran Barisan Nasional (BN)-PAS, pada 1974,” kata beliau berucap pada majlis dialog Menteri Besar Kelantan dengan wartawan anjuran Urusetia Penerangan Negeri, di sini, malam tadi.

Dipetik Bernama, Mursyidul Am PAS ini memberitahu keputusan sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya ke-13 nanti bergantung kepada kehendak pucuk pimpinan parti kerana beliau mengakui telah lama berkhidmat dalam parti dan semakin uzur.

Menteri Besar Kelantan ini, lahir pada 1931 menerajui kerajaan negeri pimpinan PAS sejak 1990 dan akan genap dua dekad akhir tahun ini. Menurut The Malaysian insider, ketika dalam pertemuan dengan Nik Aziz Jun lalu, beliau berkata Umno tidak harus memaksanya berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan. Katanya, selagi Umno menekan selagi itu beliau akan terus memegang jawatan tersebut.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Terserah pada PAS sama ada Nik Aziz patut bertanding atau tidak?

Kerjaya politik beliau: Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am PAS. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan.

Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama.

Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

1 comment:

pokku(putrajaya) said...

Ambo bangga jadi rakyat tok guru...kami sek2 perantau sentiasa bersama tok guru&kerajaan negeri...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails