Saturday, September 18, 2010

Saspek Sosilawati Tidak Pernah Dapat 'Datuk'

KL 18 SEPT 10: Polis mengesahkan peguam K. Patmanaban tidak pernah dikurniakan gelaran Datuk. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada semakan, Patmanaban didapati menggunakan gelaran Datuk palsu.

"Dia tidak pernah dianugerahkan gelaran Datuk oleh mana-mana negeri," kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam.

Difahamkan, Patmanaban sebelum ini pernah cuba membeli gelaran itu dari sebuah negeri, namun dia menjadi mangsa penipuan walaupun selepas menyerahkan sejumlah wang yang dianggarkan beratus ribu ringgit untuk tujuan mendapatkan anugerah itu.

Malah dia ketika itu dikatakan menerima surat penganugerahan daripada pihak istana, namun pada saat-saat akhir namanya tidak tersenarai. Dalam pada itu, Bakri berkata, aset Patmanaban yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan Sosilawati telah dibekukan, namun buat masa ini berapa jumlah aset peguam itu yang dibekukan belum dapat diumumkan.

Bernama pula melaporkan pihak polis akan memohon lanjutan reman untuk tiga dari lapan suspek yang ditahan berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata permohonan itu akan dikemukakan esok dan tempoh lanjutan itu akan bergantung kepada keputusan Majistret.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Cuba siasat lagi, mungkin ramai lagi yang memakai nama gelaran tiruan tidak rasmi. Atau cubaan 'beli pangkat gelaran'. Dan salahkan kalau kita gunakan nama 'Datuk' seperti Datu Maharaja Lela, guna nama 'Tun' seperti Tun Seri Lanang, dan lain-lain?

Dapatkan 3 buah buku e-buku IH percuma! Klik di sini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails