Thursday, September 09, 2010

Perluas Matawang Syariat, Bagaimana Pemimpin Lain?


KOTA BHARU, 8 Sept 10: Sebagai tanda sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan negeri berhubung sistem mata wang syariat Dinar dan Dirham, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, membayar zakat fitrah menggunakan Dirham.

Selepas solat Zohor tadi, Husam membayar zakat fitrah sebanyak tujuh keping Dirham bagi mewakili kaum keluarganya seramai 14 orang termasuk menantu dan cucu. Bayaran zakat itu disampaikan kepada Imam Tua Masjid Kota, Tengku Wook Tengku Lega, dekat sini selepas menunaikan solat Zohor dua hari sebelum umat Islam menyambut kedatangan Syawal.

Husam ketika ditemui memberitahu, usaha itu dilakukan bukan sahaja sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri memperkenalkan Dinnar dan Dirham, tetapi juga sebagai mesej kepada masyarakat membayar zakat fitrah juga boleh digunakan menggunakan Dinar atau Dirham.

Katanya, selain urusan jual beli, ianya boleh digunakan untuk bayaran zakat, mas kahwin, hadiah, zakat dan fitrah. “Kita berharap rakyat memahami betapa perlunya sistem ini diperluaskan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, satu majlis penyampaian sumbangan zakat menggunakan Dinnar dan Dirham telah diadakan di Kelaboran, Tumpat pada hari yang sama. Majlis penyampaian sumbangan itu disampaikan oleh Pengerusi Kelantan Golden Trade, Nik Mahani.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bagaimana pemimpin PR yang lain, terutamanya dari PAS?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails