Saturday, September 11, 2010

Permainan Video Islam Perlu Di Negara Ini..

HALAMAN HIBURAN

Ahlul Bayt News Agency, Iran telah mengeluarkan 2 permainan video anti Israel pada hari Quds. Gambar atas Freedom Convoy, gambar bawah Devil Den 2

Oleh Drs Mohd Rashidi Deraman

TEHRAN 9SEPT 10: Devil Den 2 dan Freedom Convoy, yang di hasilkan oleh Pelajar Organisasi Basij, telah di rasmikan dalam satu majlis hari ini.

Brigadier Mohammad-Saleh Jokar, Pengarah organisasi ini, yang juga seorang wakil dari Kementerian Pelajaran berkata, Devil Den 2 ialah sebuah permainan yang jalan ceritanya berdasarkan protokol Israel. "Rejim yang haram ini telah menyatakan di dalam protokolnya bahawa ia akan memansuhkan semua jenis kepercayaan."

"Kita telah melihat sendiri batu asas kepada penubuhan rejim Zionis telah semakin lemah, dan anak-anak muda kita perlu diperkenalkan dengan polisi-polisi tidak berperi kemanusiaan rejim ini." Tambah beliau. “Freedom Convoy” ialah permainan yang berkaitan dengan serangan Israel ke atas konvoi Gaza, beberapa bulan yang lalu.

Beberapa Komander Tentera Iran turut hadir dalam majlis itu, termasuk Brigadier Mohammadreza Naqdi dan Timbalan Komander HQ Angkatan Tentera, Masud Jazayeri. "Kejatuhan orang-orang yang zalim akan dilakukan oleh Tuhan sendiri....Mengikut pandangan kami, rejim ini akan hilang dan tidak akan wujud dalam tempoh 15 tahun." Kata Naqdi

Beliau menambah, tidak lama lagi rejim ini akan berada bersama dengan rejim Soviet dan Apartheid yang telah tumbang pada masa lalu. " AS dan Israel ialah musuh kita, dan tidak dapat dinafikan, mereka mempunyai keupayaan yang nyata dan tersembunyi. Bagaimanapun, kebangkitan pendidikan agama dan kemunculan Revolusi Iran, menimbulkan beberapa masalah baru kepada 2 kuasa ini." kata Jazayeri

Beliau turut menambah bahawa permainan video ini adalah untuk menukar citarasa pengguna yang telah dibanjiri dengan permainan video barat. Iran merancang untuk meneruskan 6 lagi sambungan untuk permainan ini, yang dikeluarkan buat pertama kali pada tahun 2009.

Jalan cerita Devil Den 1 ialah dimana sekumpulan pelajar Iran yang dalam perjalanan ziarah ke Iraq, telah diculik oleh tentera Amerika, dan diberikan kepada tentera Israel untuk menukar mereka menjadi tentera zionis. Salah seorang dari mereka berjaya melepaskan diri dan cuba untuk membebaskan pelajar yang lain.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Syabas kepada Iran dalam penentangannya ke atas kuasa barat dan musuh-musuh Islam. Bolehkah permainan vedeo begini diwujudkan dan disesuaikan dengan suasana atau dakwah Islam di Malaysia? Jabatan dan bahagian agama Islam khususnya perlu meluaskan dan memainkan peranan dalam dalam menerapkan ilmu Islam melalui permainan video seperti ini di kalangan remaja.. Kerana permainan video Islam perlu diwujudkan di negara ini, apalagi dalam negara yang majmuk seperti Malaysia.. (AK)

Ada kaitan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails