Monday, September 06, 2010

UMNO Guna Taktik & Cara Firaun -Guan Eng

KL 6 sept 10: Umno kini sudah hilang akal dan guna taktik dan cara Firaun sahaja. Demikian kata Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang, yang juga Setiausaha Agung DAP, semasa wawancara oleh wakil Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan kumpulannya, di Terminal Tambang Murah (LCCT) seperti yang disiarkan Harakahdaily hari ini.

Sewaktu ditanya mengenai serangan peribadi UMNO terhadap beliau, dengan memainkan isu agama dan perkauman, beliau menjawab,

"Sekarang ini bertubi-tubi mereka menghentam kita. Mereka hentam keromo sahaja isu-isu perkauman dan agama. Itu menunjukkan keterdesakan dan mereka sudah bercelaru tidak ada isu mereka nak mainkan. Saya rasa mereka (Umno) ini sudah hilang akal dan guna cara Firaun sahaja.

"Sekarang ini apabila mereka sudah tidak boleh beli keyakinan rakyat, mereka guna fitnah sahaja dan gunakan kuasa rakus mereka melalui media yang menjadi talibarut mereka.

Ketika ditanya mengenai Umno, yang sejak akhir-akhir ini semakin hebat memberikan tekanan terhadap Pakatan Rakyat, khususnya kepada beliau selaku Ketua Menteri Pulau Pinang,

"Pada saya, yang paling ketara ialah kajian Merdeka Centre di mana, di kalangan Melayu, hanya 44 peratus menyokong Umno dan selebihnya menentang Umno, kajian itu memperlihatkan Umno ini, lagi lama lagi teruk.

"Mereka hanya memainkan isu perkauman sahaja, rasuah di kalangan mereka semakin tinggi. Mereka tidak boleh kikis imej rasuah, rakyat lagi lama lagi jemu, mereka (Umno) pun tahu hakikat ini." Jelasnya.

Apakah UMNO kena buang imej rasuahnya?

"Ya. Kalau mereka tidak buang rasuah mereka akan mati, tetapi kalau kitapun tidak buang rasuah kita pun mati juga." Jelas beliau. (AK)

1 comment:

Anonymous said...

Sama jer la.....kata dulang paku serpih...kata kat orang depa yang lebih... Guan Eng dah kafir yang dok pi sekongkol ngan dia buat apa?? ada akai ka?????Kalau Guan eng nak berckp pasai islam...bagi dia mengucap dua kalimah syahadah dulu..baru kita boleh ikut... jangan jadik bodo la weeiiii....

Sapa yang mati kerna politik dunia..hingga sanggup lupakan sesama saudara muslim..beringat2 lah....
Hanya yang kekal Allah taala..ikut yang batil..insyallah selamat dunia akhirat.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails