Wednesday, September 08, 2010

Panggil Balik Duta M'sia Ke Indo -Khairy Jamaludin

Gambar atas di tengah-tengah, Khairy Jamaludian.
Gambar bawah belum tentu.. ada orang kata yang kanan sekali..
tapi bukan yang berselubung nampak tangan saaja..

KL, 8 Sept 10:Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meneruskan tekanan hari ini dengan meminta Wisma Putra supaya memanggil balik duta Malaysia ke Indonesia jika perundingan dua hala Putrajaya-Jakarta tidak membuahkan hasil.

Kata beliau, Malaysia perlu mengambil langkah yang jelas untuk menyampaikan mesej tegas kepada Indonesia dalam usaha menyelesaikan isu diplomatik kedua-dua negara. Khairy mendakwa Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman telah gagal untuk menangani isu sebenar serangan ke atas Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta ketika pertemuan dengan rakan sejawatannya Dr Marty Natalegawa di Kota Kinabalu kelmarin.

“Ini adalah langkah terbaik kerana kita boleh lihat hari-hari kedutaan kita di Indonesia diserang, semalam pula ia ceroboh oleh puak-puak yang adakah demontrasi dan protes itu.

“Bagi kita adalah lebih baik panggil sahaja duta kita pulang kerana ia mungkin langkah terbaik selain menutup sebahagian perkhidmatan kita di sana,” kata Khairy.

Beliau juga berkata sepatutnya Anifah bertindak lebih tegas demi menjaga hubungan antara Malaysia dan Indonesia.

“Nampaknya Menteri Luar kita tidak dapat hantar mesej yang jelas kepada rakan sejawatnya di Indonesia.

“Rakyat Malaysia sudah tidak boleh terima lagi apa yang berlaku, sampai bila ia akan berterusan? Ini juga melibatkan maruah negara,” katanya.

Terdahulu beliau menyampaikan sumbangan kepada “Wira-wira Kota Raya” di ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau berkata walaupun Kedutaan Malaysia diserang tiap-tiap hari tetapi sehingga kini masih tidak nampak tindakan serius yang diambil kerajaan Malaysia dan Indonesia.

“Sehingga kini masih tidak ada keseriusan yang diambil pihak berkuasa Malaysia dan Indonesia untuk tangani perkara itu.

“Jadi saya berpendapat Menteri Luar perlu lebih tegas dan sampaikan mesej jelas kepada kerajaan Indonesia,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Rembau itu bagaimanapun mengakui bahawa sistem negara Indonesia dan Malaysia adalah berbeza tetapi mesej tegas perlu disampaikan agar demonstrasi yang berlaku dapat dihentikan.

Sejak dua minggu lepas, sekumpulan rakyat Indonesia agresif melakukan protes berbentuk provokasi dan penghinaan ke atas kedutaan, Jalur Gemilang serta kepentingan Malaysia di Jakarta bagi membantah penahanan tiga anggota penguatkuasa marin negara itu oleh polis Malaysia.

Selain itu, sebuah kumpulan yang menggelarkan diri Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) baru-baru ini berdemonstrasi dan melemparkan najis manusia di pekarangan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia. (AK)

1 comment:

Jering Petai said...

Dalam menangani hubungan dua hala (antara negara), ia perlu ditangani dengan bijak, telus dan tidak terlalu emosional. Sesuatu isu itu mungkin ditimbulkan oleh satu pihak / golongan minoriti shj. Jadi mana yg lebih penting ? Kepentingan golongan majoriti atau minoriti. Biarlah pihak kerajaan menangani masalah ni.... (kalau tak, tak buat kerja pulak..)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails